Connect with us

Oh! Media

Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video Tidak Senonoh Anak Perempuan

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video Tidak Senonoh Anak Perempuan

Seorang bapa yang juga pegawai polis tidak menyangka niatnya menyemak telefon anak membawa kepada penemuan mengejutkan.

Remaja perempuan berusia 14 tahun itu dipercayai terlibat dalam hubungan tidak bermoral bersama seorang lelaki.

Terfikir periksa selepas dengar pendedahan jenayah seksual…

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, si bapa bertindak menyemak telefon pintar anaknya selepas mendengar pendedahan mengenai peningkatan kes jenayah seksual di Kelantan.

IKLAN

Selepas pendedahan itu (kes rogol) pada minggu lalu, pegawai polis itu terus membuat semakan di dalam telefon anaknya.

Dia terkejut selepas melihat video hubungan (perlakuan seksual) anak perempuannya dengan seorang lelaki. Pegawai polis itu terus membuat laporan berhubung kejadian itu.- Katanya.

Lebih ramai mangsa tampil buat laporan polis…

Img 4493

Mohd Yusoff berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Konsortium E-Mutiara Berhad. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail.

Menurutnya, pendedahan itu membuka mata banyak pihak dan memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat untuk lebih peka terhadap isu jenayah seksual dalam kalangan remaja.

Selepas pendedahan itu, lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.- Ujarnya lagi.

Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam video berkenaan dan tindakan seterusnya akan diambil berdasarkan undang-undang.

Pssttt! Kita selalu dengar nasihat supaya pantau telefon anak-anak, tapi adakah kita betul-betul ambil serius? Dalam dunia serba canggih hari ini, pengaruh luar boleh datang hanya dari hujung jari. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan terbuka berbincang dengan anak-anak, bukan sekadar larang tanpa bimbingan. Lindungi mereka sebelum mereka hilang arah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas