Connect with us

Oh! Media

Laluan Dihalang Kenderaan Pelawat, Petugas Terpaksa Guna Jalan Jauh Usung Pesakit Ke Wad Kecemasan

Trending

Laluan Dihalang Kenderaan Pelawat, Petugas Terpaksa Guna Jalan Jauh Usung Pesakit Ke Wad Kecemasan

Setiap kali kita ke hospital, pasti kita akan berhadapan dengan situasi sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta kerana terlampau ramai orang yang ke hospital pada setiap hari.

ADVERTISEMENT

BACA: Gara-Gara ‘Double Park’, Nombor Plat Kereta Viva Hilang Dan Cermin Sisi Hancur Dipecah Orang Awam

Mesti korang pernah berdepan dengan situasi kereta korang di’block’ kenderaan lain sehinggakan korang susah nak mengeluarkan kenderaan korang tu kan?

Kereta halang laluan, petugas terpaksa lalu jalan jauh

Itulah yang terjadi apabila beberapa petugas kesihatan di Hospital Selayang terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh untuk membawa pesakit mendapatkan rawatan kecemasan.

Menerusi video dimuat naik itu, dilihat terdapat sebuah kenderaan yang menghalang laluan utama untuk membawa pesakit ke wad kecemasan.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu yang meninggalkan kenderaannya itu kerana telah menyukarkan para petugas untuk memberikan rawatan cepat dan terbaik buat pesakit itu.

Kredit: Twitter Jabatan Netizen Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas