Connect with us

Oh! Media

Kes Ebit Lew: Polis Temui Sejarah Layari Laman Web Lucah Dalam Telefon Bimbit Dianalisis

ebit lew

Oh! Tidak

Kes Ebit Lew: Polis Temui Sejarah Layari Laman Web Lucah Dalam Telefon Bimbit Dianalisis

Hari ini (21 Jun 2023), saksi ketujuh perbicaraan kes melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew atau Ebit Irawan Ibrahim Lew tampil memberikan keterangan di mahkamah Tenom. Apa yang menarik perhatian adalah, saksi ketujuh ini menyatakan terdapat sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit yang dianalisis. Sesi ini diperiksa oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.

ADVERTISEMENT

Saksi ketujuh itu ialah Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, ASP Latifah Abdul Aziz…

Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut.

Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah.

Juruanalisis ini juga mengesahkan dia perlu membuka beberapa laman sesawang berkenaan bagi memastikan kandungannya.

Dia turut mengeluarkan beberapa perkara yang dilayari di wikipidea berkaitan “gangguan seksual”, “undang-undang gangguan seksual di Malaysia”, “gurau lucah berisiko disumbat penjara” dan “rang undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual”.

Satu lagi telefon bimbit yang dianalisis mengandungi 219 tangkap layar perbualan di WhatsApp bermula 4 Mac 2021…

Gambar satu menunjukkan paparan berkaitan nombor telefon milik penghantar mesej. Dalam paparan itu menunjukkan tarikh bermulanya perbualan mesej pada 4 Mac 2021 yang berikutan adalah isi perbualan.

Perbicaraan kemudian disambung pada hari esok 22 Jun 2023. Untuk pengetahuan korang, Ebit Lew kini berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual apabila didakwa menghantar gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita di aplikasi WhatsApp pada Mac hingga Jun 2021.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas