Connect with us

Oh! Media

Kedai Serbaneka Akhirnya Sahkan Tiada Barang Hilang, ‘Kaklong Amuk’ Mohon Maaf Kerana Tak Dapat Terima Anak Dituduh

kaklong amuk

Trending

Kedai Serbaneka Akhirnya Sahkan Tiada Barang Hilang, ‘Kaklong Amuk’ Mohon Maaf Kerana Tak Dapat Terima Anak Dituduh

Hari ini kecoh tentang video apabila seorang wanita tidak dapat tahan perasaan marahnya selepas anaknya dituduh mencuri di sebuah kedai serbaneka. Terbaru, wanita yang mahu dikenali sebagai Kaklong itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana mengamuk.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Balik Nangis Selok” – Berang Anak Dituduh Mencuri, Wanita Ini Mengamuk Di Kedai Serbaneka

Permohonan maaf wanita terbabit dilakukan di Facebook miliknya dalam satu video berdurasi lebih 30 minit itu. Dia mengakui tidak boleh menerima anaknya dituduh ‘panjang tangan’ oleh pekerja kedai serbaneka terbabit.

Akui apa yang berlaku ujian daripada Allah S.W.T

Wanita terbabit turut memaklumkan salah faham antara dia dan kedai serbaneka terbabit telah selesai. Dia turut meminta pihak kedai melihat rakaman CCTV bagi memastikan anaknya benar-benar tidak bersalah. Pihak kedai kemudian mengesahkan tiada barang yang hilang.

Minta tolong padam video saya dengan anak deh

Memandangkan isu ini telah selesai, timbul pula satu lagi masalah apabila orang ramai dengan pantas berkongsi video pertengkaran terbabit. Disebabkan itu, wanita terbabit memohon jasa baik orang ramai untuk tidak lagi berkongsi dan memadam video terbabit.

Jika tidak, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika masih ada orang yang menyebarkan rakaman video amukan itu.

Semua orang ada masalah mereka sendiri dan kita sebagai orang yang mempunyai akal, hentikanlah sebarkan perkara yang tidak direlakan seseorang. Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas