Connect with us

Oh! Media

Kedai Makanan Ini Jual Semua Menu Pada Harga RM1?

harga rm1

Trending

Kedai Makanan Ini Jual Semua Menu Pada Harga RM1?

Harga makanan sekarang ini sudah semakin mahal, lebih-lebih lagi di kedai makan yang terletak di tengah bandar. Namun, di Kota Bharu, Kelantan, seorang peniaga di gerai makan masih mampu menetapkan harga RM1 buat semua hidangan yang ada.

ADVERTISEMENT

BACA: Kecoh Pelanggan Kena Bayar RM1,196 Untuk Ikan Siakap, Ini Penjelasan Pemilik Restoran

Menerusi laporan Kosmo, peniaga yang bernama Wan Hazimi Wan Hamat, 53, menetapkan harga RM1 untuk hidangan seperti mi, bubur nasi, kuetiau goreng dan pelbagai lagi jenis kuih di gerainya, di Kampung Sungai Budor.

Mula berniaga sejak 20 tahun lalu

harga RM1

Perniagaan di gerai itu turut dibantu oleh isterinya, Roziran Hassan 49, dan anaknya Wan Nor Fazlin Hani, 26. Gerai itu dibuka dari jam 11.30 pagi sehingga 6.30 petang selama 5 hari, bermula pada Ahad hingga Khamis.

Wan Hazimi menyatakan bahawa sebelum ini, dia telah meletakkan harga menu 50 sen sepinggan sejak 20 tahun yang lalu. Namun, harga menu itu terpaksa dinaikkan pada harga RM1, bermula 2011.

Harga terpaksa dinaikkan sedikit kerana kos barangan meningkat, namun kualiti dan rasa tetap sama. Berniaga pada harga RM1 tidak memperoleh untung yang tinggi, tetapi kuantiti makanan dapat dijual banyak.

Kedai saya terletak agak tersorok di kampung ini dan di celah-celah rumah penduduk. Kebanyakan pelanggan dan ­penduduk menggelarkan premis ini sebagai ‘kedai pelangi’ kerana terdapat lukisan pelangi di sini.

Tidak menang tangan sejak dibenarkan rentas

Sejak kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, Wan Hazimi menyatakan bahawa ramai pelanggan yang datang dari luar kelantan ke gerainya. Dia juga menyatakan bahawa tidak ada niat untuk menaikkan harga makanan walaupun harga barang semakin meningkat.

Katanya, dia juga terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlaku di negara kita. Namun, ia tidak menjadi asbab untuknya menaikkan harga makanan lebih dari RM1.

Menurut Kosmo, ada seorang pelanggan yang sering kali datang ke gerai Wan Hazimi kerana bukan sahaja mempunyai menu yang murah, bahkan makanannya juga sedap.

Semoga perniagaan Wan Hazimi terus maju dan semakin murah rezeki. Susah sekarang nak jumpa kedai makanan yang jual RM1 pada tahun 2021 ni..

Kredit: Kosmo | Youtube Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas