Oh! Tidak
Jurugambar Jalanan KLCC Kena Kompaun RM2,000
Hampir 30 jurugambar jalanan di KLCC dikompaun RM2,000 kerana tawar perkhidmatan fotografi tanpa lesen
Semalam, satu operasi bersepadu yang dijalankan KL Strike Force di sekitar KLCC telah mengundang perhatian ramai apabila hampir 30 jurugambar jalanan dikenakan kompaun.
Operasi yang turut disertai PDRM, DBKL dan Imigresen ini berlangsung sekitar jam 9 malam.
Memetik laporan Harian Metro, operasi berjalan lancar walaupun ada sedikit kekecohan apabila seorang jurugambar enggan beri kerjasama. Tapi nasib baik semua dapat dikawal secara profesional oleh pihak berkuasa.
Jurugambar disaman RM2,000 sebab ambil gambar?
Salah seorang jurugambar yang enggan dikenali mengakui ini kali pertama mereka disaman sebab ambil gambar di tempat awam.
Ini kali pertama, tengok dekat surat ini (kompaun) tulis kena bayar RM2,000 mana nak bayar? Kalau hari-hari kena saman botak lah kepala saya.- Katanya.
Tambahnya lagi, kalau benda ni berterusan, mungkin dia kena fikir untuk tukar kerja. Tapi katanya ada juga pegawai beritahu kemungkinan mereka akan diberi lesen lepas ni, cuma kena tunggu dan tengok prosedur macam mana.
Guna telefon pintar pun tak lepas…
Berdasarkan notis kompaun yang dikeluarkan, jurugambar terbabit didakwa melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.
Kesalahan mereka ialah tawarkan perkhidmatan fotografi secara terbuka menggunakan telefon pintar tanpa lesen yang sah.
Jadi, walaupun hanya guna kamera telefon, kalau tiada kebenaran rasmi, tetap salah di sisi undang-undang.
Isu jurugambar bergaduh dengan pelancong asing…
Sebelum ni, kumpulan jurugambar jalanan ni juga dikaitkan dengan isu tular bila mereka didakwa cuba ambil kesempatan terhadap pelancong asing. Tapi menurut salah seorang dari mereka, insiden tu sebenarnya cuma salah faham.
Apa yang saya dengar dari kawan-kawan, kejadian itu terjadi sebab salah faham antara mereka.
etapi benda pun sudah jadi, sekarang semua kena tanggung akibat, orang kata ‘kerana nila setitik, habis semua kena.- Katanya lagi.
Pssttt! Ohmedia faham, ramai anak muda sekarang cuba cari rezeki dengan cara kreatif macam ni. Tapi korang kena ingat, berniaga atau tawar perkhidmatan di tempat awam tetap perlukan lesen dan kebenaran. Jadi, kalau korang nak elak disaman macam kes ni, pastikan korang tahu hak dan peraturan terlebih dahulu. Jangan sampai niat baik cari rezeki bertukar jadi beban!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!