Connect with us

Oh! Media

Erissa Puteri Berpakaian Seksi Ketika ‘Live’ Undang Kecaman, Ini Respon Tuan Badan

ohmedia erissa puteri

Oh! Artis

Erissa Puteri Berpakaian Seksi Ketika ‘Live’ Undang Kecaman, Ini Respon Tuan Badan

Erissa Puteri dikecam gara-gara pakai dress seksi ketika siaran langsung TikTok.

Penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila tampil mengenakan dress hitam ketika bersiaran langsung di TikTok.

Menurut laporan Oh Bulan, bekas peserta Ceria Popstar itu hanya tunjuk rutin penjagaan kulit wajah tapi penampilannya didakwa terlalu seksi sehingga mengundang pelbagai komen negatif daripada netizen.

“Tapi kesan mental tu ada” – Erissa Puteri

erissa puteri

Tidak berdiam diri, Erissa tampil memberikan respons terhadap kecaman yang diterimanya, khususnya daripada mereka yang dilihat menegur dengan cara kasar dan mengecam keterlaluan.

IKLAN

Saya akan ambil teguran mereka yang menegur saya secara baik. Doakan sajalah yang terbaik buat saya.

Daripada korang tegur macam ini, maki-maki saya, tak akan dapat pahala dan tak akan bawa korang ke syurga pun.

Erissa turut mengakui kesalahan berpakaian menjolok mata, namun menyeru agar masyarakat memberi teguran dengan cara lebih berhemah.

Bila salah baru tegur?

ohmedia erissa puteri

Pelakon itu juga meluahkan rasa kecewa apabila tindakan baiknya sebelum ini langsung tidak diambil peduli, berbeza dengan ketika dirinya melakukan kesilapan.

Saya mengaku memang salah dan berdosa pakai macam ini.

Tapi kenapa bila saya pakai ‘perfect’, pakai baju lengan panjang dan berseluar panjang, tak ada yang bercakap apa-apa?

Tapi bila buat salah sikit? ‘Wow it’s crazy’.

Pssttt! Teguran itu perlu, tapi biarlah beradab. Setiap insan ada perjuangan dan ujian berbeza. Doakan yang baik, kerana hidayah itu milik Tuhan, bukan makian netizen.

Kredit: TikTok | Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas