Connect with us

Oh! Media

Jemaah Umrah Dipandang Sinis, SAFTTA Gesa KKM Jangan Terlalu Lama Jalankan ‘Siasatan’

saftta

Trending

Jemaah Umrah Dipandang Sinis, SAFTTA Gesa KKM Jangan Terlalu Lama Jalankan ‘Siasatan’

Empat hari sudah berlalu, Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk segera menjelaskan status kes jemaah umrah yang tidak mempunyai rekod vaksin Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: 14 Peratus Jemaah Umrah Tak Ambil Vaksin, Punca Terkena Jangkitan Omicron?

Menerusi laporan Awani, Presiden SAFTTA Dr Fathir Badri Alhadad menyatakan dirinya terkilan kerana KKM masih menyiasat perkara ini dan secara tidak langsung nama jemaah umrah semakin ‘buruk’.

Makin teruk persepsi masyarakat kepada jemaah umrah

saftta

Agensi pelancongan Selangor juga mempersoalkan jika benar 14 peratus individu yang tidak mengambil vaksin yang disebut oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin empat hari lepas memang benar datang dari kalangan jemaah umrah.

Lebih lama masa KKM ambil, lebih teruk persepsi masyarakat terhadap jemaah umrah.

Dapat dibaca dalam media sosial, rata-rata masyarakat menyalahkan jemaah umrah kerana sanggup menipu untuk mengerjakan ibadah tersebut, sehingga menarik perhatian beberapa mufti untuk memberikan komen.

Jika memang terbukti ia dikendalikan oleh agensi pelancongan, kami akan menyokong untuk agensi tersebut diambil tindakan tegas oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

SAFTTA juga memberitahu SOP yang dikenakan oleh Arab Saudi untuk jemaah umrah sangatlah ketat. Semua maklumat vaksin perlu dimasukkan ke aplikasi ‘Muqem’ 72 jam sebelum jemaah memulakan penerbangan. Jadi, ianya sangat pelik apabila Khairy memberitahu 14 peratus individu tersebut merupakan jemaah umrah.

Kami juga mengharapkan satu perbincangan berkaitan SOP dapat diadakan dalam masa terdekat ini.

Kami juga telah mempunyai beberapa cadangan untuk dikongsikan yang mungkin dapat membantu pihak MOTAC dan Majlis Keselamatan Negara mengatasi permasalahan jemaah umrah ini.

Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan semoga KKM dapat menjelaskan perkara sebenar yang terjadi dikalangan mereka yang tidak mengambil vaksin dan terkena jangkitan Omicron.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas