Connect with us

Oh! Media

14 Peratus Jemaah Umrah Tak Ambil Vaksin, Punca Terkena Jangkitan Omicron?

jemaah umrah

Trending

14 Peratus Jemaah Umrah Tak Ambil Vaksin, Punca Terkena Jangkitan Omicron?

Tular sebelum ini ramai jemaah umrah yang pulang ke Malaysia didapati positif Covid-19 varian Omicron dan menyebabkan kerajaan Malaysia menangguhkan perjalanan umrah bermula 8 Januari lepas.

ADVERTISEMENT

BACA: Tunggu 5 Jam Di Ruang Sempit KLIA, Jemaah Umrah Mengamuk Depan KJ

Menerusi laporan Kosmo, siasatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 14 peratus daripada 122 jemaah umrah yang positif varian tersebut didapati tidak mengambil suntikan vaksin.

Hanya yang divaksin dibenarkan menunaikan umrah

jemaah umrah

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hal ini telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya dipatuhi oleh mereka yang mahu menunaikan umrah.

Sepatutnya hanya yang divaksinasi dibenarkan pergi menunaikan umrah. Kita akan bincang dengan kementerian terlibat supaya agensi pelancongan dapat patuh dengan syarat kita letakkan.

Kita juga sedang siasat sama ada mereka ini yang tidak divaksinasi disebabkan faktor kesihatan atau memang enggan divaksinasi.

Sebelum ini, kerajaan telah bersetuju untuk melakukan penangguhan sementara bagi perjalanan umrah untuk membuat penilaian risiko.

Penilaian risiko untuk mempertimbangkan pembukaan ke Tanah Suci

Khairy juga menyatakan kerajaan Malaysia akan berbincang dengan Arab Saudi untuk memperketatkan SOP sedia ada. Mereka juga akan melakukan penilaian risiko di dalam dan luar negara untuk mempertimbangkan pembukaan semula ke Tanah Suci.

KKM bersama agensi berkaitan akan kemas kini SOP umrah termasuk pengambilan dos penggalak sebagai syarat mengerjakan umrah, pengurusan kes dan kontak rapat di Arab Saudi.

Pemantuan status kesihatan, memperkukuhkan tanggungjawab kepada agensi pelancongan dan memastikan pematuhan SOP umrah oleh jemaah dan petugas umrah serta melaporkan kes positif dan kontak rapat kepada KKM.

Semoga mereka yang mahu menunaikan umrah mengambil serius akan perkara ini dan hanya pergi menunaikan umrah jika sudah lengkap divaksinasi. Hal ini bukan perkara yang mian-main kerana ia melibatkan nyawa ramai orang. Selagi kita layak terima vaksin, ambil saja la untuk kebaikan diri dan orang sekeliling ya!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas