Connect with us

Oh! Media

Isian Minyak Petrol Tradisional Menjadi Tarikan Di Dabong, Kelantan

Trending

Isian Minyak Petrol Tradisional Menjadi Tarikan Di Dabong, Kelantan

Stesen minyak terdekat dengan kawasan Dabong, Kelantan adalah pada jarak 60 kilometer yang menjadikan isian minyak petrol secara tradisional menjadi tarikan utama buat penduduk di kawasan tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Hanya Ada RM2, Netizen Tersentuh Warga Emas Bantu Gadis Kehabisan Minyak Motor

Norhayati Musa, 46, merupakan pemilik kedai runcit yang menawarkan perkhidmatan isian petrol secara tradisional dengan mengepam api menggunakan tangan.

Mengikut harga semasa

minyak petrol

Menerusi laman Sinar Harian, isian minyak secara tradisional ini telah mendapat tarikan orang ramai, terutama penduduk luar Dabong. Perkhidmatan ini telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu dan dikenali sebagai Train To Dabong oleh penduduk di kawasan tersebut.

Cara isian bahan api ini berbeza dengan kaedah di stesen minyak kerana perlu dipam menggunakan tangan mengikut isipadu yang telah ditetapkan sebelum disalurkan ke tangki kereta atau motosikal.


Menurut Norhayati, ramai penduduk luar datang untuk melihat proses isian minyak petrol ini berlaku setelah tular di aplikasi Tiktok. Bahan api yang dijual itu mengikut garis panduan harga yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Setiap liter yang terjual akan direkod dan KPDNHEP akan menghantar bekalan minyak setiap hari mengikut kemahuan pelanggan. Isian minyak secara tradisional ini mendapat sambutan bukan sahaja kerana keunikannya, namun ia juga kerana tiada stesen minyak yang dekat dengan kawasan tersebut.

Stesen minyak yang terdekat dengan kawasan tersebut adalah di Jeli kira-kira 60 kilometer (km), di Gua Musang 65 km dan Kuala Krai 120 km.

Foto : Sinar Harian

Menurut Sinar Harian, seorang pengguna dari Kota Bharu bernama Ilane Kamarul mengucapkan rasa teruja kerana dapat mencuba perkhidmatan tersebut.

Sebagai generasi baru, saya menganggap kemudahan ini cukup unik dan belum pernah melihat secara dekat.

Saya datang ke Dabong atas urusan kerja. Selepas urusan selesai saya mengambil keputusan untuk mencuba perkhidmatan ini kerana tidak puas menontonnya di aplikasi Tiktok.

Katanya, perkhimatan ini telah memudahkan banyak pihak yang ketandusan minyak kerana jarak untuk ke stesen minyak begitu jauh sekali.

Video: Youtube Sinar Harian

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abdul Rahman mengatakan bahawa pemantauan dilakukan setiap masa untuk mengelakkan penyelewengan bahan api berlaku. Katanya juga, ada 13 lokasi yang menjual bahan api itu berada di bawah jagaannya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas