Connect with us

Oh! Media

Hanya Ada RM2, Netizen Tersentuh Warga Emas Bantu Gadis Kehabisan Minyak Motor

pak cik bantu gadis

Oh! Tidak

Hanya Ada RM2, Netizen Tersentuh Warga Emas Bantu Gadis Kehabisan Minyak Motor

Seperti yang kita tahu, ramai yang hilang mata pencarian sejak wabak penyakit Covid-19 ini melanda negara kita. Malahan, bukan negara kita sahaja yang terjejas tetapi seluruh dunia juga turut terjejas sama.

ADVERTISEMENT

BACA: Abang Foodpanda Guna Basikal Demi Mencari Rezeki Yang Halal

Terdapat individu yang diberhentikan kerja dan ada juga yang terpaksa menutup perniagaan mereka kerana tiada sumber pendapatan daripada pelanggan untuk meneruskan perniagaan tersebut.

Banyak juga cerita yang kita dengar tentang warga emas yang masih keluar mencari rezeki dan tidak kisah mendapat kerja apa sekalipun semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Walaupun kebanyakan dari mereka hidup dalam keadaan susah, namun ramai dalam kalangan mereka ini yang mempunyai keperibadian mulia yang perlu kita contohi.

Warga emas tetap tolong dengan memberi duit kepada gadis ini yang kehabisan minyak motornya walaupun hanya ada RM2

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian video di laman TikTok yang memaparkan situasi seorang gadis apabila motorsikalnya kehabisan minyak ketika melakukan khidmat cash on delivery (COD).

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan gadis itu bertemu dengan seorang warga emas yang bekerja sebagai seorang penjaga lori.

@fitry.careWalaupun duit beliau tinggal Rm 2 ,beliau masi mau membantu saya ?##tawau ##peduli ##sabah? bunyi asal – Fitry.care

Warga emas tersebut bertanyakan kepada gadis itu tentang keadaan motorsikalnya dan dia menerangkan yang motorsikalnya telah kehabisan minyak. Dia kemudian meminta warga emas itu untuk meminjamkannya RM2 kerana terlupa membawa duit.

Tanpa berfikir panjang, warga emas itu terus memeriksa poketnya dan mengeluarkan sejumlah duit. Apa yang membuatkan ramai penonton video ini sebak adalah apabila duit yang dikeluarkan oleh warga emas itu hanya cukup-cukup RM2.

Menurut warga emas itu, duit tersebut adalah untuknya membeli kuih, namun dia tetap memberikannya kepada gadis tersebut untuk membantu mengisi minyak motornya kembali.

“Ya Allah tersentuh hati bila tengok pakcik tu sanggup tolong walaupun dalam kesusahan, semoga pakcik tu dimurahkan rezeki dia”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 986.2 ribu tontonan, 163.1 ribu tanda like dan 5 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa sebak melihat sifat tidak berkira warga emas tersebut yang sanggup memberi duitnya walaupun hanya ada duit itu.

Ramai juga yang menganggap tindakan warga emas tersebut betul-betul seperti seorang ayah yang tidak mahu melihat anaknya berada di dalam kesusahan.

Warga emas bagi duit tolong gadis isi minyak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Warga emas bagi duit tolong gadis isi minyak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Di akhir perkongsian video tersebut, gadis itu kembali bertemu warga emas itu untuk membalas jasanya dengan memberi duit yang berlipat ganda daripada apa yang dia pinjamkan.

Apa-apa pun kita doakan semoga rezeki warga emas tersebut bertambah dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan perihal hiburan dan isu trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top