Connect with us

Oh! Media

Gadis Kecewa, Parcel Dibuka Pekerja Kurier Dan Digantikan Dengan Sampah?

parcel

Trending

Gadis Kecewa, Parcel Dibuka Pekerja Kurier Dan Digantikan Dengan Sampah?

Sejak pandemik dan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP), pembelian barangan atau penghantaran parcel atas talian semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Bungkusan Berjalan Sendiri Cetus Tanda Tanya Netizen

Pengawalan aktiviti yang terhad serta pembelian SOP kedai yang ketat semakin menyukarkan mereka yang ingin mendapatkan barang keperluan harian.

Bukan itu sahaja, segelintir masyarakat juga menzahirkan rasa risau akan jangkitan jika mereka keluar dari rumah. Maka, pembelian atas talian mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Namun, baru-baru ini kecoh tentang masalah yang berlaku melibatkan penghantaran parcel. Lebih-lebih lagi barang yang dihantar mengalami kerosakan dan sebagainya.

Parcel dibuka?

Tular di laman Twitter mengenai satu ciapan yang dibuat oleh @Schaza_Izzati memaparkan kekecewaannya terhadap sebuah syarikat servis kurier.

Dia mendakwa kotak bungkusan berisi makanan untuk teman lelakinya telah dibuka dan digantikan dengan sampah oleh pekerja syarikat tersebut.

Bungkusan itu dipercayai dihantar kepada teman lelakinya yang sedang menjalani kuarantin di rumah oleh sebab mengalami jangkitan wabak pandemik.

https://twitter.com/Schaza_Izzati/status/1423288009718308868

Bungkusan asal sebelum dihantar

Menerusi hantaran itu, wanita terbabit turut memuat naik gambar isi bungkusan asal sebelum bertindak menghantar kepada teman lelakinya.

Gambar yang dimuat naik itu memaparkan pelbagai makanan snek yang disusun rapi dalam kuantiti yang banyak sebelum dibungkus di dalam sebuah kotak.

gambar parcel sebelum dihantar

Namun, apabila barang tersebut sudah sampai kepada individu yang sepatutnya, dia terkejut apabila teman lelakinya menunjukkan sampah yang diterimanya.

Lebih menghairankan, barang yang diterimanya itu kebanyakannya bukan yang sepatutnya diterima termasuklah botol susu serta permainan kanak-kanak.

Hal itu diketahui oleh wanita itu selepas teman lelakinya memuat naik video unboxing kotak tersebut sebelum menghantar rakaman itu kepadanya.

Kau tengok dia siap buat video unboxing punyalah happy, alih alih dapat sampah.

Bagi wanita itu, walaupun ada segelintir netizen yang menyatakan barangan yang dicuri itu hanyalah makanan snek, tetapi ia merupakan masalah yang besar.

Hal ini kerana barang yang dihantar untuk seseorang yang perlu dikuarantin di rumah kerana agak sukar buat mereka mendapatkan sumber makanan.

Netizen turut bersimpati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati serta geram dengan pekerja syarikat tersebut yang tidak amanah dalam melakukan pekerjaan.

komen netizen pada hantaran @Schaza_Izzati
komen netizen pada hantaran @Schaza_Izzati
komen netizen pada hantaran @Schaza_Izzati
komen netizen pada hantaran @Schaza_Izzati

Setakat ini, hantaran yang dikongsikan itu telah mendapat lebih daripada 13,000 tanda suka serta 26,000 tweet semula.

Kredit: Twitter @Schaza_Izzati

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas