Connect with us

Oh! Media

Pelanggan Terima ‘Parcel’ Kosong, 7 Pekerja Syarikat Kurier Disyaki Curi Barang Dicekup Polis

Ohmedia parcel 2

Oh! Tidak

Pelanggan Terima ‘Parcel’ Kosong, 7 Pekerja Syarikat Kurier Disyaki Curi Barang Dicekup Polis

Padah tak jujur dalam bekerja, tujuh pekerja syarikat kurier ditahan polis selepas disyaki mencuri barang pelanggan.

Memetik laporan Harian Metro, laporan polis mengenai kejadian curi tersebut dibuat pengurus keselamatan syarikat selepas pelanggan mengadu menerima bungkusan kosong.

Suspek bawa parcel keluar tanpa daftar

Parcel

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, hasil siasatan dalaman membongkar kegiatan suspek yang membawa keluar bungkusan dari gudang tanpa membuat urusan daftar keluar barang.

IKLAN

Pengadu syaki pekerja syarikat mencuri bungkusan asal milik pelanggan dengan anggaran kerugian kira-kira RM21,818.

Jelas beliau lagi, pihak polis telah melakukan beberapa siri serbuan bermula Isnin lalu di sekitar Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.

7 suspek disyaki buat kerja diam-diam

Kurier

Seramai tujuh individu ditahan, termasuk seorang wanita berusia antara 21 hingga 51 tahun, bersama beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut.

Suspek pertama dan kedua masing-masing seorang lelaki dan wanita telah dituduh di Mahkamah Ampang mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi suspek lain, reman dibenarkan sehingga 20 Januari untuk siasatan lanjut.

Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan (curi oleh orang gaji) dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan).

#OhmediaNasihat

Penat pelanggan cari duit untuk mendapatkan barangan tu, pekerja kurier pula buat hal. Janganlah macam tu.. Dalam menjalankan tugas, seseorang perlulah jujur dan amanah. Lebih-lebih lagi dalam perkhidmatan penghantaran sebegini. Jadikan pengajaran okay!

Ohmedia parcel 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas