Connect with us

Oh! Media

Dipijak Anak Kandung, Pesara Tentera Meninggal Dunia

pesara tentera

Oh! Tidak

Dipijak Anak Kandung, Pesara Tentera Meninggal Dunia

Kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil, seorang pesara tentera yang berumur 73 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipukul dan dicederakan oleh anak kandungnya yang mempunyai masalah sakit mental.

ADVERTISEMENT

BACA: Pesara Tentera Maut, Suspek Tuduh Mangsa Jalin Hubungan Sulit Dengan Isterinya

Menerusi laporan Kosmo, anak kandung mangsa yang merupakan suspek utama bukan sahaja mencederakan mangsa dengan pisau pemotong kek, namun, dia turut memijak kepala dan muka mangsa.

Suspek hilang kawalan sebelum mengamuk

pesara tentera
Wan Kamarul Azran (Foto: Kosmo)

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, menurut siasatan, suspek didapati telah hilang kawalan sebelum mengamuk dan memukul mangsa. Suspek juga difahamkan sudah lama tidak mengambil ubat penenang menyebabkan perbuatannya itu tidak dapat dikawal.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah terutama di bahagian muka termasuk kesan luka akibat torehan pisau di beberapa bahagian badan.

Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dipercayai dipijak bertubi-tubi oleh suspek. Mangsa juga cedera di bahagian dada dan kedua-dua belah tangan.

Laporan bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kecederaan parah di muka dan retak di bahagian tengkorak.

Mangsa yang juga mempunyai anemia dan sawan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Semoga keluarga mangsa redha dan kuat menerima dugaan yang menimpa ini. Semoga suspek diberikan ubat dan kawalan yang sepatutnya agar tidak mengulangi perbuatan seperti ini lagi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas