Connect with us

Oh! Media

Demi Berkawan Dengan Mat Saleh, Sanggup Kutuk Dan Jadikan Malaysia Sebagai Bahan Jenaka

Oh! Tidak

Demi Berkawan Dengan Mat Saleh, Sanggup Kutuk Dan Jadikan Malaysia Sebagai Bahan Jenaka

Betul bila ada orang kata tak mustahil sesebuah negara boleh runtuh disebabkan rakyatnya sendiri. Apalah nak jadi ni?

ADVERTISEMENT

BACA: “Gaya Mengalahkan Mat Saleh Original” – Tayang ‘Outfit’ Ke Birthday Party, Keluarga Kak KM Jadi Perhatian

Melalui satu hantaran X, seorang lelaki mendedahkan rakannya sanggup berkata buruk tentang Malaysia dan menjadikannya sebagai bahan jenaka ketika berada di luar negara.

Lebih mengejutkan, rakannya bertindak sebegitu kerana mahu berkawan dengan mat saleh di sana.

Mat saleh tu terkejut dengar kawan aku punya penceritaan sampai dia datang tanya aku balik, betul ke Malaysia ni teruk sangat? Sedih apabila maruah negara aku dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri.

Maaf lah, kalau begini perangainya, lebih baik buang negara je. Tak bawa apa-apa manfaat dekat Malaysia.

Katanya lebih baik buang pasport kalau sampai sanggup burukkan negara sendiri demi berkawan dengan orang luar.

Bukan macam ni caranya nak bina jalinan dengan orang luar.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan rakan kepada lelaki berkenaan berhubung isu ini.

Setiap negara ada sisi baik dan buruk. Maka berpada-padalah.

Gelaran dia senang je ‘pengkhianat’ atau ‘si kitol’ je nama orang macam ni.

Amboi sanggup eh jadikan negara satu bahan jenaka? Janganlah disebabkan nak berkawan dengan orang luar sampai sanggup buat macam ni, tak ada guna pun. Harapnya lepas ni dah tak ada isu macam ni.

Kredit: X @HazeriSamsuri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas