Connect with us

Oh! Media

100 Pelajar Tak Hadir Sekolah Sebab Kereta Api Tak Berhenti, Ini Tindakan Diambil KTMB

Oh! Tidak

100 Pelajar Tak Hadir Sekolah Sebab Kereta Api Tak Berhenti, Ini Tindakan Diambil KTMB

Hasrat 100 orang pelajar di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai Kelantan untuk ke sekolah pada hari pertama hari ini tidak kesampaian apabila kereta api yang sepatutnya tiba jam 7 pagi tidak berhenti.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak-Anak Teruja Kembali Ke Sekolah. Ada Naik Bot & Kereta Api

Sinar Harian dalam laporannya berkata, pelajar-pelajar berkenaan mengambil keputusan pulang ke rumah masing-masing selepas 30 minit menunggu di stesen itu.

Pelajar SMK Dabong, Siti Masitah berkata, dia bangun seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah hari ini.

Hari pertama mestilah seronok dan teruja tetapi sedih bila kereta api tidak berhenti. Saya nak ke sekolah sukar kerana ibu dan ayah sudah keluar bekerja jadi terpaksalah pulang ke rumah sahaja.

Penghulu Mukim Kuala Gris, Badrul Shahudin, turut terkejut dengan kejadian itu memandangkan ianya tidak pernah terjadi sebelum ini.

Sekadar gambar hiasan

Tidak hanya mendiamkan diri, KTM Berhad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dan mengesahkan tren Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi.

Pihaknya mengakui berasa kesal dengan insiden yang menyebabkan 100 pelajar SMK Dabong tidak hadir ke sekolah pada hari pertama hari ini.

Jelasnya lagi, kakitangan terlibat telah digantung tugas dan tindakan disiplin akan diambil jika didapati adanya kecuaian.

KTMB turut memohon maaf kepada semua yang terlibat iaitu para pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah. Mereka akan terus melakukan penambaikan secara berterusan untuk memastikan insiden sama tidak berulang.

Kredit: Sinar Harian | KTM Berhad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas