Connect with us

Oh! Media

Anak-Anak Teruja Kembali Ke Sekolah. Ada Naik Bot & Kereta Api

Oh! Lifestyle

Anak-Anak Teruja Kembali Ke Sekolah. Ada Naik Bot & Kereta Api

Akhirnya, hari ini telah bermula sesi persekolahan bagi pelajar Tingakatan satu hingga tingkatan empat dan ini termasuk sekolah rendah yang bermula dari murid darjah lima hingga darjah enam.

ADVERTISEMENT

Ohmedia tertarik melihat semangat adik-adik ini ke sekolah apabila ada yang menaiki bot dan juga kereta api. Mesti rasa gembira bila dapat kembali ke sekolah dan belajar benda baru.

Memetik laporan Berita Harian, ada kongsikan suasana pelajar dari SMK Dabong Kuala Krai yang menaiki kereta api seawal jam 6 pagi lagi.

Pelajar yang tinggal di Kampung Bukit Pacak, Kampung Bukit Abu dan Kuala Geris memang menggunakan perkhidmatan KTM sebagai pengangkutan utama mereka untuk sampai cepat ke sekolah.

Apa yang lebih menarik, lebih 200 orang pelajar yang menggunakan perkhidmatan KTM ini hanya dikenakan caj RM8 sahaja untuk 1 bulan.

Seawal jam 5 pagi, saya sudah bangun kerana perlu bersiap dan jam 6 pagi, saya sudah tiba di stesen kereta api untuk ke sekolah. Kami yang bersekolah di SMK Dabong memang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan kereta api kerana tambang yang sangat murah iaitu RM8 sebulan. Sangat gembira dapat kembali ke sekolah kerana kami dapat belajar seperti biasa dan lebih senang apabila dapat berdepan dengan guru, berbanding sebelum ini belajar menerusi dalam talian. – Kata seorang pelajar Tingkatan dua, Tuan Intan Suraya Tuan Ismail.

Selain itu, ada juga sekolah yang menggenakan costume superhero Spiderman dan Mickey Mouse untuk menyambut kehadiran adik-adik di sekolah rendah dengan memberikan pelitup muka.

Ini adalah satu usaha yang baik bagi mengembalikan semangat kepada anak-anak yang sudah lama tidak ke sekolah. Diharapkan agar segalanya berjalan lancar dan tiada sebarang penyebaran wabak bahaya Covid-19.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang suka lihat semangat adik-adik ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas