Connect with us

Oh! Media

Rakyat Malaysia Gesa MySejahtera Jadi Lebih Berguna Sebagai Medium Amaran Banjir

banjir

Oh! Tech

Rakyat Malaysia Gesa MySejahtera Jadi Lebih Berguna Sebagai Medium Amaran Banjir

Setiap kali berlaku hujan lebat dan banjir, adakah kita hanya mampu terima jer dan tak lakukan apa-apa? Sudah tidak ada jalan keluar lagi ke yang boleh dilakukan untuk pastikan setiap orang bersedia menghadapi situasi seperti ini?

ADVERTISEMENT

BACA: Air Terlalu Cepat Naik Tenggelamkan Ratusan Kereta Parking Di Wisma UOA 2

Memang benar kita perlu bersyukur kerana Malaysia tidak alami terlalu banyak bencana alam seperti negara lain yang alami gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi dan banyak lagi. Disebabkan itu, kita sepatutnya lebih bersedia untuk hadapi bencana lain dan apa yang kerap berlaku di negara kita adalah banjir.

Kami di Ohmedia tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan untuk pastikan kita lebih bersedia hadapi keadaan ini.

Apa aplikasi yang semua rakyat Malaysia install dalam smartphone sekarang? MySejahtera lah jawapannya…

Adakah MySejahtera hanya untuk sejahterakan hidup kita dari pandemik sahaja? Kenapa tidak kita gunakan aplikasi yang logiknya ada pada semua rakyat Malaysia ini untuk hidup lebih sejahtera dalam apa jua keadaan.

Sebagai contoh, MySejahtera boleh memberi maklumat terus kepada pengguna tentang amaran hujan lebat dan banjir yang mungkin akan berlaku di beberapa kawasan. Dengan itu, kita akan lebih bersedia dan mampu mengelak dari terjejas lebih teruk.

Ini hanyalah secebis cadangan dari kami dan diharapkan ada perubahan dapat dilakukan pemerintah. Lakukanlah sesuatu! #kitajagakita

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas