Connect with us

Oh! Media

Pengguna iPhone Boleh Hadkan Peratusan Pengecasan Bateri Dengan iOS 17

Ohmedia  Iphone

Oh! Geekz

Pengguna iPhone Boleh Hadkan Peratusan Pengecasan Bateri Dengan iOS 17

Sebelum ini, muncul isu pemilik iPhone 14 Pro yang merungut tahap kesihatan bateri mereka sudah di bawah 90% walaupun peranti belum berusia setahun.

Apabila kesihatan bateri merosot, iOS boleh mengurangkan prestasi pemproses bagi memastikan operasi iPhone tidak terjejas.

Selepas menyedari isu ini, Apple telah memperkenalkan ciri mengehadkan tahap peratusan pengecasan bateri menerusi iOS 17.

IKLAN

Ios 16 optimised battery charging 950x534jpg

Menurut 9to5 Mac, pemilik boleh menetapkan sendiri nilai peratusan bateri akan dicas. Apabila mencapai had ini proses pengecasan akan dihentikan.

Dalam pada itu, ini akan dapat menyelesaikan isu kesihatan bateri terjejas teruk selepas setahun kerana dicas setiap hari.

Kerana iOS 17 belum diberikan kepada semua, tidak diketahui lagi pada waktu ini sama ada ciri ini akan diberikan kepada semua iPhone atau terhad kepada iPhone 15 baharu sahaja.

Kepada pemilik iPhone kami sarankan anda aktifkan ciri Optimised Battery Charging yang sudahpun diberikan sebelum ini.

Menerusinya, iPhone akan mengecas bateri sehingga 80% sebelum secara perlahan mencecah 100% berdasarkan tabiat pengguna bangun tidur misalnya.

BACA: Ciri Terbaharu Siri iPhone 15 Boleh Menjadi Powerbank

Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai ciri terbaharu iPhone 15 dimana ia boleh menjadi sebuah powerbank dan buat pertama kalinya kesemua model iPhone menyokong USB-C.

Kredit: 9to5 Mac

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Ios 16 optimised battery charging 950x534jpg
  • Ohmedia  Iphone
  • Ios 16 optimised battery charging 950x534jpg
  • Ohmedia  Iphone

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas