Connect with us
CIMB

Oh! Geekz

Pengguna CIMB Diminta Untuk Kemaskini Aplikasi CIMB Clicks

Baru-baru ini, CIMB mengeluarkan peringatan kepada semua pelanggan mereka umtuk mengemas kini aplikasi CIMB Clicks dalam kekal menggunakan perkhidmatan perbankan pada peranti mudah-alih.

Bermula 18 September 2023, CIMB Clicks memerlukan pengguna menggunakan versi aplikasi 6.1.110 di iOS, atau versi 4.1.109 di Android untuk kekal mengakses perkhidmatan perbankan tersebut.

IKLAN

CIMB

Pengguna boleh menyemak versi aplikasi CIMB yang digunakan dengan membuka aplikasi CIMB Clicks, dan seterusnya tap pada ikon “?” di penghujung atas kanan skrin utama aplikasi tersebut.

Pengguna yang masih menggunakan versi lama aplikasi mungkin mengalami kesukaran mengakses perkhidmatan perbankan tersebut.

BACA: CIMB Benarkan Satu Peranti Berdaftar Sahaja Dapat Akses CIMB Clicks

Terdahulu, syarikat bank CIMB memaklumkan penggunanya hanya dibenarkan mengakses aplikasi bank itu menggunakan satu peranti berdaftar sahaja.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • CIMB
  • CIMB

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas