Connect with us

Oh! Media

PAS Nafi Dakwaan Pengundi Kena Angkat Sumpah Baru Dapat Duit Tambang Balik Mengundi

Oh! Negara

PAS Nafi Dakwaan Pengundi Kena Angkat Sumpah Baru Dapat Duit Tambang Balik Mengundi

Sebelum ini tular satu video memaparkan beberapa pengundi diarah untuk mengangkat sumpah telah mengundi parti PAS semata-mata untuk mendapatkan bantuan duit tambang balik mengundi, eh betul ke?

ADVERTISEMENT

BACA: “PAS Tak Ada Duit Nak Bagi” – Tular Video Tunjuk Orang Ramai Bersesak Depan Pejabat, Sanusi Nafi Beri Duit Pada Pengundi

Video yang telah tular itu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk Parti PAS Kelantan. Parti itu kemudian menafikan syarat yang dikenakan terhadap pengundi bagi mendapatkan bantuan itu.

Ringankan beban

Menurut Setiausaha PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, bantuan wang tersebut adalah layak untuk diberikan kepada pengundi di luar negeri yang kurang berkemampuan tanpa mengira parti mana yang diundi.

PAS tak pernah mengarahkan bersumpah atas nama Allah, PAS hanya membantu pengundi yang balik dari jauh bersusah-payah untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. Kita (PAS) tidak pernah tanya pun undi parti apa, hanya kita tanya dari mana dia balik ke Kelantan. – Wan Roslan

Presiden Pertubuhan Pertahan Kelantan, Nazman Che Ibrahim juga memaklumkan bahawa syarat mengangkat sumpah dengan nama Allah bagi parti yang diundi itu bukan budaya PAS.

Ia fitnah dicipta lawan untuk memburukkan parti itu. Sumpah undi siapa bukan amalan PAS, itu fitnah ‘desperado’ (golongan terdesak) – Nazman

Hm, kalau macam tu, agaknya apa pendapat pembaca Oh! Media?

Kredit: Buletin TV3 | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas