Connect with us

Oh! Media

“PAS Tak Ada Duit Nak Bagi” – Tular Video Tunjuk Orang Ramai Bersesak Depan Pejabat, Sanusi Nafi Beri Duit Pada Pengundi

Trending

“PAS Tak Ada Duit Nak Bagi” – Tular Video Tunjuk Orang Ramai Bersesak Depan Pejabat, Sanusi Nafi Beri Duit Pada Pengundi

Beberapa hari yang lalu, tular beberapa video memaparkan orang ramai bersesak di hadapan pejabat yang dipercayai merupakan kepunyaan kepada parti PAS.

ADVERTISEMENT

BACA: Hadi Awang Umum Perikatan Nasional Menang Bentuk Kerajaan Persekutuan

Difahamkan, mereka yang hadir ke beberapa pejabat dan premis PAS itu adalah untuk mendapatkan duit selepas mengundi parti berkenaan pada PRU-15.

Sanusi nafi beri duit

Ekoran daripada penularan video itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa PAS memberikan wang kepada pengundi mereka.

Sanusi yang dihubungi MalaysiaKini turut mendakwa bahawa video tersebut merupakan taktik pihak lawan untuk memburukkan PAS.

Kita PAS tak ada duit nak bagi begitu kepada orang ramai macam tu. Dalam pilihan raya, macam-macam kempen memburukkan PAS dibuat oleh parti lawan.

Saya percaya video-video tular tu sengaja direka oleh musuh politik…Tak masuk akal. (Ia) satu kesalahan pilihan raya, sengaja dibuat video yang mengundang risiko.

Terdahulu, video yang tular itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mendakwa PAS menggunakan taktik tersebut untuk meraih undi daripada rakyat.

Apa pendapat korang lepas tengok video-video tu?

Kredit: Twitter | MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas