Connect with us

Oh! Media

Mohd Amar Jawab Isu Air Di Kelantan, Peruntukan Tak ‘Turun’ Sebab Isu Teknikal Dan Politik

Oh! Negara

Mohd Amar Jawab Isu Air Di Kelantan, Peruntukan Tak ‘Turun’ Sebab Isu Teknikal Dan Politik

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini menjawab isu masalah air di Kelantan yang sehingga kini masih belum selesai.

ADVERTISEMENT

BACA: Basuh Cadar Tapi Kotor Gara-Gara Air, Wanita Luah Rasa Berang Dengan Masalah Air Di Kelantan

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Amar berkata, dalam tempoh 30 tahun banyak usaha yang telah diambil kerajaan negeri untuk menangani isu ini tapi kekangan utama adalah kewangan.

Jelasnya, Kelantan memerlukan RM7 bilion untuk selesaikan masalah air di seluruh negeri itu dimana pada asalnya mereka memerlukan RM2 bilion sahaja.

Menerusi projek migrasi air pada 2016, Kelantan sepatutnya menerima peruntukan RM2 bilion daripada Kerajaan Pusat, namun sayang peruntukan berkenaan tidak ‘turun’ disebabkan isu teknikal dan politik.

Pada tahun ini, kos untuk pulihkan bekalan air meningkat kepada RM7 bilion dan kita sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor ini berkata lagi, sekalipun kerajaan negeri ada wang sejumlah itu, mereka perlu masa untuk selesaikan masalah tersebut.

Jadi, pihaknya tak anggap isu ini kegagalan kerajaan negeri sebaliknya ianya adalah satu masalah yang perlu dihadapi.

Ujarnya masalah air sepatutnya dah lama selesai kalau peruntukan diberikan kepada Kelantan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas