Connect with us

Oh! Media

Basuh Cadar Tapi Kotor Gara-Gara Air, Wanita Luah Rasa Berang Dengan Masalah Air Di Kelantan

Trending

Basuh Cadar Tapi Kotor Gara-Gara Air, Wanita Luah Rasa Berang Dengan Masalah Air Di Kelantan

Seorang wanita meluahkan rasa berang apabila cadar dan comforter yang dibasuhnya kotor gara-gara air yang tidak bersih di Kelantan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Macam Kuah Kacang” – Netizen Terkejut Lihat Keadaan Tangki Air Penduduk Negeri Kelantan

Dalam perkongsian di Facebook, wanita ini turut memuat naik beberapa keping foto menunjukkan keadaan air yang berwarna coklat.

Sudah tentu air begitu tidak boleh digunakan untuk membersihkan diri, membasuh pakaian atau pun memasak. Katanya, dia menyedari air kotor tersebut ketika buka air di sinki untuk cuci botol susu anak.

Wanita ini telah pun membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab dan bantuan lori air dijangka tiba di rumahnya.

Namun, masalah lain yang timbul apabila tangki air rumahnya berada di atas dan lori hanya boleh isi air di tangki bawah.

Menerusi perkembangan terbaru, wanita ini berkata dia sudah menerima bekalan air bersih yang dihantar menggunakan lori. Wanita ini menasihati sesiapa yang menghadapi masalah yang sama supaya membuat aduan di laman rasmi syarikat air.

Meninjau ke Facebook Air Kelantan Official, pihaknya ada mengeluarkan notis makluman gangguan bekalan air bagi kerja-kerja berjadual di kawasan yang terlibat.

Notis yang sama telah juga dimuatnaik ke dalam applikasi myAKSB serta dihantar (blast) melalui sms kepada pengguna AKSB yang telah mengemaskini nombor telefon terkini masing-masing.

Apa-apa pun diharapkan masalah air kotor di Kelantan dapat diselesaikan dengan segera. Kesianlah penduduk jika terpaksa hadap masalah yang sama bertahun-tahun kan?

Kredit: Azlin Ramli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas