Connect with us

Oh! Media

“Halia Tu Special” – Ahmad Maslan Kongsi Resepi Nasi Goreng

Oh! Politik

“Halia Tu Special” – Ahmad Maslan Kongsi Resepi Nasi Goreng

Rata-rata warganet mengetahui bahawa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan seorang individu yang sering memuat naik masakan nasi gorengnya di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Akan Berikan Khidmat Yang Terbaik” – Ahmad Maslan

Baru-baru ini, satu video tular di TikTok memaparkan seorang lelaki meminta ahli politik itu berkongsi mengenai resepi nasi gorengnya, wahh lain macam!

Nasi Goreng Ahmad Maslan

https://www.tiktok.com/@goldanecattery/video/7182170618622741787?_t=8YZZQcoN19e&_r=1

Menerusi video tersebut, Ahmad Maslan berkongsi beberapa bahan untuk membuat Nasi Goreng Ahmad Maslan atau lebih dikenali sebagai ‘NGAM’.

Dah tentu nasi, bawang, lepas itu telur, halia. Halia tu special. Selepas itu minyak sawit, kemudian perisa, garam sedikit ya secukup rasa dan masak dengan ikhlas baru sedap.

Video tersebut mendapat pujian rata-rata netizen yang terhibur dengan sikap Ahmad Maslan yang peramah.

Haa kalau ada yang dah try, jangan lupa share tau sedap ke tak Nasi Goreng Ahmad Maslan tu.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas