Connect with us

Oh! Media

Ini Penjelasan Founder Misi Rakyat Selepas Penderma RM1 Terasa Hati, Hanya Nama Jutawan Dicanang

founder misi rakyat

Oh! Inspirasi

Ini Penjelasan Founder Misi Rakyat Selepas Penderma RM1 Terasa Hati, Hanya Nama Jutawan Dicanang

Sejak semalam, rata-rata rakyat Malaysia yang terlibat dalam kempen kutipan derma adik Wan Muhammad Naail mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya capai jumlah RM9 juta dalam tempoh masa kurang 1 bulan sejak ia dilancarkan.

ADVERTISEMENT

Perkara itu diumumkan Founder Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi dan jumlah kutipan itu akan digunakan sepenuhnya untuk adik Naail.

BACA: Rakyat Bersatu Hati Kumpul RM9 Juta Buat Baby Naail, Nama Penderma Terbanyak Rupanya Usahawan Terkenal!

Penderma RM1 didakwa terasa hati kerana hanya penderma jutawan sahaja didedahkan kepada umum…

Bagaimanapun, timbul pula rasa tidak puas hati dikalangan penderma selepas mereka melihat hanya penderma dari kalangan jutawan sahaja yang dicanang.

Disebabkan itu, Founder Misi tampil memberikan penjelasan di mana tindakan mencanang nama pemberian derma dari kalangan jutawan ini memang disengajakan. Faiz juga memaksa mereka untuk tonjol ke depan bagi menarik perhatian lebih ramai lagi jutawan di luar sana untuk ikut serta dalam misi seterusnya.

Penyatuan rakyat itu sebenarnya kejayaan sebenar misi…

Ohmedia tertarik dengan penerangan utama Founder Misi di mana kita sebenarnya bukan hanya berjaya mengumpul RM9 juta tetapi juga berjaya menyatukan rakyat untuk terlibat dalam misi ini. Itu paling penting.

Bagi Ohmedia, tidak perlulah kita nak terasa hati kerana pemberian derma ini perlu ikhlas dari hati dam apa yang penting, penerima derma ini dapat memanfaatkannya dengan baik.

Lihat penjelasan penuh Founder Misi Rakyat…

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas