Connect with us

Oh! Media

Mayat Anak Jutawan Ditemui Di Pantai Sicily, Lengkapkan Penemuan Penumpang Hilang

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Trending

Mayat Anak Jutawan Ditemui Di Pantai Sicily, Lengkapkan Penemuan Penumpang Hilang

Mayat anak perempuan jutawan teknologi British, Mike Lynch, yang berusia 18 tahun, ditemukan dalam bangkai kapal layar mewah di pantai Sicily. Ini menjadikan kesemua penumpang yang hilang kini sudah dijumpai, menurut laporan agensi berita Jerman (dpa).

Pengawal Pantai Itali mengesahkan bahawa mangsa keenam dan terakhir, yang hilang sejak Isnin, telah dijumpai dalam kapal layar Bayesian yang karam.

“Pencarian Hannah tidaklah mudah atau cepat,” kata Vincenzo Zagarola daripada Pengawal Pantai Itali, yang menyamakan kapal layar yang tenggelam itu dengan “bangunan 18 tingkat yang penuh dengan air.”

IKLAN

Lynch, anak perempuannya Hannah, Pengerusi Morgan Stanley International Bank Jonathan Bloomer dan isterinya Judy Bloomer, serta peguam Clifford Chance Chris Morvillo dan isterinya Neda Morvillo, hilang selepas kapal layar itu karam sekitar pukul 5 pagi, Isnin lalu.

Lima mayat sudah dibawa ke darat di Porticello, sebuah kampung nelayan kecil kira-kira 18 kilometer dari ibu kota Sicily, Palermo.

Daripada 22 penumpang dan kru di atas kapal, 15 orang, termasuk isteri Lynch, Angela Bacares, berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki bot penyelamat.

Mayat tukang masak warga Kanada-Antigua, Recaldo Thomas, telah ditemukan pada Isnin di lokasi kejadian.

Pelayaran itu adalah sambutan pembebasan Lynch daripada kes penipuan di Amerika Syarikat.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas