Connect with us

Oh! Media

dana misi rakyat

Trending

Founder Misi Mohon Maaf, Pulangkan RM400,000 Penyumbang – “Saya Dah Tersilap Langkah”

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan aktiviti pengumpulan dana yang meragukan.

BACA: Founder misirakyat Mungkin Akan Ditahan, Bank Negara Malaysia Beri Amaran Tanpa Sebarang Notis?

IKLAN

Susulan itu, Misi Rakyat telah mengambil keputusan untuk memulangkan sepenuhnya wang sumbangan lebih RM400,000 kepada penyumbang.

Founder, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi berkata dia tetap akan melaksanakan misinya untuk mewujudkan hab pertanian menggunakan wang sendiri.

Dia juga mengaku tersilap langkah kerana telah mewujudkan perbalahan dalam kalangan rakyat. Dia mahu restart (mula semula) dengan cara yang betul dan menerima segala kritikan dengan hati terbuka.

Antara langkah yang akan diambilnya selepas ini adalah menggunakan akaun yang betul untuk derma, mengelakkan melawan arus secara terang-terangan dan audit akaun derma untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan mengambil 30% dana.

Katanya lagi, audit untuk tahun 2022 sedang diuruskan syarikat akauntan dan dia akan berkongsi laporan apabila ianya selesai.

So saya minta maaf semua dan saya tak perlu maafkan sesiapa sebab tiada siapa yang salah. Saya yang cetuskan semua ni dari awal.

Menyedari kesilapan, Ahmad Faiz berkata dia berniat untuk menyatukan rakyat tetapi sayang tindakannya selama ini telah memecah belahkan semua.

Kredit: Founder Misi | Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas