Connect with us

Oh! Media

Rakyat Bersatu Hati Kumpul RM9 Juta Buat Baby Naail, Nama Penderma Terbanyak Rupanya Usahawan Terkenal!

Oh! Inspirasi

Rakyat Bersatu Hati Kumpul RM9 Juta Buat Baby Naail, Nama Penderma Terbanyak Rupanya Usahawan Terkenal!

Baru-baru ini, kita telah dengar mengenai kutipan derma yang dilakukan buat adik Wan Muhammad Naail atau baby Nail yang berusia 9 bulan.

ADVERTISEMENT

BACA: Syatilla Melvin Hasilkan Susu Badan Terlalu Banyak, Siap Sedia Derma Untuk Mereka Memerlukan

Kutipan derma tersebut memerlukan wang dana sebanyak RM9 juta buat baby Naail yang kini sedang bertarung nyawa daripada penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Tahap 1.

Penyakit Naail

baby naail

Penyakit yang jarang dijumpai tersebut membuatkan keseluruhan otot-otot pada badannya menjadi lemah. Malah, bayi kecil itu hanya bergantung dengan mesin bantuan Bipap dan telah tiga kali dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat jangkitan paru-paru.

Keupayaan untuk menelan air liur pun semakin merosot sehingga perlu kerap neb dan sedut kahak sentiasa.

Ibu bapa Naail

Difahamkan, kemerosotan otot Naail itu hanya dapat dihentikan dengan pengambilan ubat paling efektif, Zolgensma (Gene Therapy) yang mencecah harga USD1.2 juta bersamaan RM9 juta.

Derma buat Naail

baby naail

Dengan rasa bersatu hati, satu misi telah dijalankan bagi mengumpul dana tersebut menerusi platform online dikenali sebagai Misi Rakyat. Dana tersebut berjaya dikumpul dengan bantuan orang ramai termasuk usahawan tempatan.

Walau bagaimanapun, nama usahawan terkenal Hafiz Mahamad sekali lagi menjadi sebutan ramai setelah menghulurkan derma sebanyak RM100, 000. Tambahan tindakan ikhlas oleh Hafiz itu turut dipuji oleh warganet di media sosial.

Alhamdulillah, semoga derma daripada setiap pihak mampu membantu adik Naail kita untuk terus berjuang melawan penyakit.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas