
Oh! Negara
YB Besut Dipuji, Satu-Satunya Ahli Parlimen Pembangkang Tak Keluar Dewan
YB Besut dipuji selepas jadi satu-satunya Ahli Parlimen pembangkang yang kekal dalam Dewan Rakyat.
Syabas Yang Berhormat, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh kerana menjadi satu-satunya Ahli Parlimen yang tak ikut keluar Dewan Rakyat macam Ahli Parlimen Pembangkang lain.
Gambar keberadaan YB Che Mohamad dalam Dewan Rakyat itu dikongsi Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan di aplikasi X. Beliau menyifatkan tindakan Che Mohamad itu sebagai satu komitmen tinggi terhadap tugasnya untuk rakyat.
Syabas Besut, pembangkang terakhir yang masih dalam Dewan. Last man standing.- Tulisnya.
Manakala Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin turut mengesahkan perkara itu dengan catatan sinis di X apabila mendakwa hanya YB Besut yang masih berada dalam Dewan pada jam 8.25 malam.
Pada jam 8.25 malam, YB Besut adalah satu-satunya MP pembangkang yang masih berada dalam dewan. Tahniah. Di mana MP pembangkang lain? Mungkin sibuk merancang demo Turun Anwar?- Katanya.
Netizen mula persoal komitmen wakil rakyat lain…

Tindakan segelintir wakil rakyat pembangkang yang meninggalkan dewan lebih awal sememangnya mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat di media sosial.
Ada yang meluahkan rasa kecewa dan persoal kenapa mereka tidak menghormati sidang dewan yang sedang berlangsung. Namun, apa yang dilakukan oleh YB Besut jelas menunjukkan beliau meletakkan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di tempat yang paling tinggi.
Ramai juga yang bersetuju bahawa inilah sikap yang sepatutnya ada pada semua Ahli Parlimen hadir, mendengar dan menyumbang dalam perbahasan, bukannya sekadar hadir waktu penting sahaja.
Pssttt! Ohmedia rasa apa yang dilakukan oleh YB Besut ni patut dijadikan contoh oleh semua wakil rakyat tak kira kerajaan atau pembangkang. Tugas korang dipilih rakyat bukan semata-mata untuk berpolitik, tapi untuk duduk dalam dewan, bincang isu rakyat dan selesaikan masalah mereka.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
