Trending
Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim Digantung Kehadiran 10 Hari!
Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim digantung 10 hari selepas cabar bertumbuk dalam Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarahkan keluar Dewan Rakyat selama 10 hari.
Menurut laporan Kosmo, perkara ini diputuskan selepas dirinya mencetuskan kontroversi minggu lepas apabila mencabar Ahli Parlimen lain untuk bertumbuk di luar Parlimen.
Awang Hashim digantung kehadiran 10 hari

Keputusan itu diumumkan oleh Yang diPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada sesi sidang hari ini.
Ini keputusan saya bahawa mengikut Mesyuarat 42 (2), saya perintah Pendang (Awang) keluar dewan 10 hari mulai hari ini.
Speaker tegur adab ahli Parlimen

Dalam masa sama, Johari turut menasihati semua ahli Parlimen supaya menjaga adab ketika berbahas.
Apabila Yang Berhormat berdebat, kadang-kadang minta pandangan, kadang setuju. Walaupun kadang-kadang telinga berdesing, saya tetap beri peluang bercakap. Tapi kalau sudah lebih daripada itu, bukan suara tapi fizikal, itu tak boleh.
Beliau menegaskan, sikap sebegitu tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi pada hari kejadian, ketika pelajar sekolah hadir menyaksikan sidang Parlimen.
Bayangkan cucu tengok tok wan lagu tu, tak bagus.
Pssttt! Parlimen sepatutnya jadi contoh teladan untuk rakyat, bukannya gelanggang pergaduhan. Hormatilah dewan mulia, kerana mata rakyat sedang memerhati.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM