Connect with us

Oh! Media

“Muar Tak Pakai Baju Melayu Hari Ni?” – PM Anwar Usik Syed Saddiq, Dewan Rakyat Riuh

Ohmedia anwar ibrahim syed saddiq bella astillah

Oh! Negara

“Muar Tak Pakai Baju Melayu Hari Ni?” – PM Anwar Usik Syed Saddiq, Dewan Rakyat Riuh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi mencuri tumpuan di Dewan Rakyat apabila sempat mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai pakaiannya.

Muar tak pakai baju Melayu hari ni? Model pakaian tak ada hari ni? Hari ni pakai baju apa?- Usik Anwar.

Nama Bella Astillah juga tiba-tiba kedengaran…

Syed Saddiq

Tidak cukup dengan itu, ketika gurauan itu dibuat, kedengaran nama Bella Astillah disebut dalam dewan. Ahli Parlimen pembangkang yang berada di blok bersebelahan juga dilihat terhibur dengan situasi tersebut.

Syed Saddiq dan Bella Astillah sememangnya telah mencuri perhatian apabila menjadi model baju raya bersama baru-baru ini.

IKLAN

BACA: Bella Astillah Akhirnya Jawab Apabila Ditanya Mengenai Dirinya Bersama Syed Saddiq

Malah, mereka juga berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu dalam pakaian tradisional, sekali gus membuatkan netizen bergurau berharap mereka berjodohan.

“Saya Gurau-Gurau Je”- Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim

Selepas suasana kembali tenang, Anwar menjelaskan bahawa dia hanya bergurau dan sesi perbahasan diteruskan seperti biasa.

Dalam sidang tersebut, Syed Saddiq sebenarnya bangun untuk mengajukan soalan penting berkenaan langkah kerajaan dalam menangani banjir yang sering melanda beberapa kawasan ketika musim monsun.

#ApaKataOhmedia

Nampaknya Perdana Menteri pun nak tengok Syed Saddiq disatukan dengan Bella Astillah erk? Apapun, gurauan di Dewan Rakyat memang selalu mencuri perhatian tapi jangan lupa isu sebenar yang dibawa.

Semoga ada penyelesaian terbaik untuk masalah banjir yang semakin meruncing setiap tahun.

Ohmedia anwar ibrahim syed saddiq bella astillah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas