Connect with us

Oh! Media

“Tiada Isu Pokok Diketengahkan” – PMX Jawab Desakan Turunkan Anwar

Ohmedia pmx Anwar Ibrahim

Oh! Negara

“Tiada Isu Pokok Diketengahkan” – PMX Jawab Desakan Turunkan Anwar

Anwar jawab desakan ‘Turunkan Anwar’, kecewa tiada isu pokok diketengahkan masa perhimpunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bersuara mengenai perhimpunan yang mendesaknya untuk ‘turun’, Sabtu lalu.

Beliau menyatakan bahawa perjuangan untuk reformasi tidak berlaku dalam sekelip mata, namun perlu dibawa ke hadapan secara bertahap.

Kerajaan tidak sempurna tapi tak sombong perbaiki kelemahan

Sebagai pemimpin, beliau sentiasa terbuka menerima teguran dan kritikan, namun kesal kerana tiada isu pokok yang dikemukakan semasa himpunan tersebut selain tuntutan agar beliau meletak jawatan.

IKLAN
Pmx

Namun, beliau berterima kasih kerana perhimpunan diadakan secara aman. Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang mahu membawa usul undi tidak percaya pula, Perdana Menteri menerimanya dengan terbuka kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

Silakan. Ini negara demokrasi. Usul itu satu proses yang sah. Jika cukup jumlah, bawa saja ke Parlimen. Saya tidak pernah mendakwa kerajaan ini sempurna. Tapi kita tidak sombong untuk membetulkan kelemahan. Apa yang kurang, akan kita baiki. Apa yang belum selesai, akan kita usahakan.

RON95 turun kepada RM1.99, fokus untuk rakyat

Pmx

Dalam masa sama, Anwar mengumumkan langkah kerajaan menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia melalui penarikan subsidi daripada warga asing.

Langkah itu disifatkan sebagai berani dan rasional demi memastikan wang negara dimanfaatkan oleh majoriti rakyat serta mengurangkan beban kos sara hidup tanpa menjejaskan asas ekonomi negara.

Anwar juga menyeru agar KEADILAN kekal sebagai parti yang matang, terbuka menerima teguran, serta bersatu dalam usaha membela rakyat tanpa mengira kaum, umur atau latar belakang.

Pssttt! Reformasi bukan magis. Ia perlukan masa, usaha dan kejujuran untuk dilaksanakan secara berfasa.

Kredit: Instagram Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas