Connect with us

Oh! Media

Pegawai Amerika Syarikat Dakwa Trump Punca Thailand Dan Kemboja Berdamai

Ohmedia anwar ibrahim trump thailand kemboja

Trending

Pegawai Amerika Syarikat Dakwa Trump Punca Thailand Dan Kemboja Berdamai

Trump dipuji lepas Thailand dan Kemboja setuju berdamai. Anwar jadi orang tengah.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi jadi bualan dunia selepas dikatakan main peranan penting dalam kejayaan rundingan damai antara Thailand dan Kemboja.

Tidak cukup dengan itu, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt siap kata Trump patut terima Hadiah Keamanan Nobel.

Presiden Trump yang menjayakan (gencatan senjata). Berikan dia Hadiah Keamanan Nobel!. – Tulisnya di X.

Anwar Ibrahim jadi orang tengah dalam rundingan Tapi Trump dapat nama?

Trump

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bertindak sebagai Pengerusi Asean dan orang tengah penting dalam mesyuarat khas yang berlangsung di Putrajaya.

IKLAN

Mesyuarat ni disertai sendiri oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.

Hasil mesyuarat, kedua-dua negara bersetuju untuk laksanakan gencatan senjata bermula tengah malam ini. Ini sekali gus bakal hentikan pertempuran berdarah di sempadan sekitar Preah Vihear yang dah meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa sejak 25 Julai lalu.

Malaysia, AS dan China turut main peranan…

Trump2

Malaysia bukan sekadar jadi tuan rumah, tapi juga bertindak sebagai pemudah cara dan pemerhati sepanjang rundingan berlangsung. Turut hadir, Duta AS ke Malaysia Edgard Kagan dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Malaysia, Thailand dan Kemboja, perbincangan ini sebenarnya dianjurkan bersama oleh AS dan China pula bertindak sebagai pemerhati.

Sebelum perbincangan rasmi diadakan, ketiga-tiga negara AS, China dan Malaysia dah pun gesa Kemboja dan Thailand supaya hentikan pertempuran demi kestabilan serantau.

AS ugut hentikan rundingan perdagangan?

Trump3

Trump juga dilaporkan pernah memberi tekanan kepada kedua-dua negara, dengan menyatakan bahawa AS tidak akan teruskan sebarang rundingan perdagangan selagi pertempuran masih berlarutan.

Thailand merupakan sekutu perdagangan penting AS, manakala China adalah rakan dagang terbesar bagi Thailand dan Kemboja. Jadi korang bayangkanlah, betapa besar pengaruh yang dimainkan semua pihak dalam hal ni.

Pssttt! Ohmedia harap korang boleh nampak betapa pentingnya peranan diplomasi dalam selesaikan konflik. Walaupun kita rakyat biasa, tapi kita boleh ambil pengajaran tentang pentingnya perbincangan dan kerjasama untuk capai keamanan. Janganlah mudah naik tangan, naik suara, semua boleh selesai dengan cara baik, betul tak?

Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas