Connect with us

Oh! Media

Pemimpin BN-PH, Adakan Pertemuan Di Menara Dato Onn

Menaradatoonn

Oh! Negara

Pemimpin BN-PH, Adakan Pertemuan Di Menara Dato Onn

Menara Dato Onn yang terletak di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) menjadi tumpuan pagi ini selepas para pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dikatakan akan mengadakan pertemuan sesama mereka.

BACA: Terkini! Tok Mat Akhirnya Bersuara, Cadang PH Gabung Dengan PN Tanpa Libatkan BN

Memetik laporan daripada Sinar Harian, difahamkan bahawa pertemuan yang diadakan itu adalah bertujuan untuk menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

IKLAN

Antara pemimpin yang sudah mula hadir untuk pertemuan itu termasuklah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, diikuti dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah.

Dalam pada itu, difahamkan juga Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob juga telah hadir bagi mementeraikan perjanjian ini.

Sama-samalah kita nantikan ya semua.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas