Connect with us

Oh! Media

“Anak Mama, Mama Minta Maaf” – Wawa Zainal Luluh Hati Tengok Rakaman CCTV

ohmedia ohmedia featured wawa zainal

Trending

“Anak Mama, Mama Minta Maaf” – Wawa Zainal Luluh Hati Tengok Rakaman CCTV

Wawa Zainal sedih melihat rakaman CCTV anaknya didakwa menjadi mangsa buli di sekolah sehingga tampil memohon maaf kepada Attar.

Intipati berita

  • Wawa Zainal mengakui hatinya luluh selepas melihat rakaman CCTV yang memaparkan anaknya, Attar didakwa menjadi mangsa buli di sekolah.
  • Wawa memohon maaf kepada Attar kerana sebelum ini tidak mengambil tindakan lanjut apabila anaknya mengadu tangan dipulas dan ditumbuk oleh rakan.
  • Wawa menghargai tindakan segera pihak pengurusan sekolah dan guru-guru yang memandang serius isu buli tersebut.
  • Wawa menyeru ibu bapa supaya lebih peka terhadap aduan anak-anak serta mendidik mereka tentang empati, hormat dan batas dalam bergurau.

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mengakui hatinya luluh selepas melihat sendiri rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan insiden buli melibatkan anaknya, Ahmad Fakhruddin Attar di sekolah.

Menerusi hantaran di Threads, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, turut menghargai tindakan pantas pihak pengurusan sekolah dan guru-guru yang memandang serius perkara tersebut.

IKLAN

Terima kasih kepada pihak pengurusan dan guru-guru kerana mengambil tindakan segera serta memandang serius isu buli yang membabitkan anak kami.

Bila melihat semula rakaman CCTV, sebagai seorang ibu, luluh hati melihat apa yang anak sendiri lalui di sekolah.

Wawa Zainal mohon maaf kepada Attar

Lebih menyentuh hati, Wawa turut mengakui kesilapannya kerana sebelum ini tidak mengambil tindakan lanjut setiap kali Attar mengadu mengenai layanan rakan sekolahnya.

Malah, dia secara terbuka memohon maaf kepada anaknya kerana pernah menganggap perbuatan tersebut sebagai gurauan yang boleh menguatkan mental anak untuk menghadapi kehidupan.

Buat Attar, anak mama, mama minta maaf. Maafkan mama kerana sebelum ini tidak mengambil tindakan selanjutnya setiap kali abang bercerita tangan abang selalu dipulas dan ditumbuk manja oleh kawan.

Kononnya mama mahu abang menjadi kuat untuk menghadapi kerasnya dunia.

Tetapi selepas melihat sendiri apa yang berlaku, mama sedar perkara seperti ini tidak sepatutnya dianggap sebagai gurauan atau sesuatu yang perlu abang tahan.

Pesan ibu bapa supaya lebih peka dengan anak

Dalam perkongsian sama, Wawa berharap kejadian yang menimpa anaknya menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa supaya lebih peka terhadap perubahan tingkah laku dan aduan anak-anak.

Menurutnya, ibu bapa bukan sahaja perlu memastikan anak mereka tidak menjadi mangsa buli, malah perlu mendidik mereka supaya tidak menjadi pelaku buli.

Didiklah anak-anak tentang empati, menghormati orang lain dan memahami batas dalam bergurau.

Apa yang dianggap gurauan oleh seseorang kadang-kadang sebenarnya dan melebihi batas!

Terdahulu, Wawa mendakwa anaknya menjadi mangsa buli di sekolah selepas Attar mengadu telah ditumbuk dan tangannya dipulas oleh rakan sekelas.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas