Connect with us

Oh! Media

Terkini! Tok Mat Akhirnya Bersuara, Cadang PH Gabung Dengan PN Tanpa Libatkan BN

tok mat

Oh! Negara

Terkini! Tok Mat Akhirnya Bersuara, Cadang PH Gabung Dengan PN Tanpa Libatkan BN

Timbalan Presiden Barisan Nasional dan juga Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan akhirnya menyuarakan untuk partinya kekal sebagai pembangkang.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dinyatakannya dalam satu perkongsian di Facebook di mana Tok Mat turut mencadangkan untuk Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan bergabung untuk membentuk kerajaan kerana mereka mendapat bilangan undi yang tinggi.

BN sedia jadi pembangkang bertanggungjawab

Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi. BN bersedia menjadi pembangkang yg bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru.

Walaubagaimanapun, jika bantuan kami diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, kami tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

Dalam pada itu, Tok Mat turut mengingatkan parti itu untuk tidak menyalahkan BN jika masih gagal membentuk kerajaan.

Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu.

Kredit: Facebook

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas