
Oh! Negara
MCMC Tak Padam TikTok MB Sanusi Tapi Ada Dakwaan Negara Lain Masih Boleh Nampak?
Oleh
Sekarang ni, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedang menghadapi serangan bertubi-tubi dari musuh politik. Terbaru, akaun TikTok MB Sanusi telah hilang dan kita tak dapat melihat sebarang kandungan.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kemudian tampil menafikan pihaknya menerima sebarang arahan untuk menghalang atau memadam akaun Sanusi.
MCMC mengesahkan tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini.
Platform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga menegaskan kerajaan tidak ada kuasa untuk menyekat mana-mana akaun TikTok.
Ramai dakwa akaun TikTok MB Sanusi masih boleh dilihat di negara lain…
@beritakini8 TIKTOK SANUSI DISEKAT DI MALAYSIA SAHAJA #beritakini #news #politik #fyp #foryou #malaysianews #beritatiktok #beritatv3 #kinitv #kinitv #malaysiakini #malaysiatoday #malaysiagazette #utusanmalaysia #sinarharian #bagaimana #yourpage #tv3 #sanusi
♬ original sound – Berita Kini – Berita Kini

Kredit: Astro Awani
