Connect with us

Oh! Media

“Tak Perlu Malu Dik” – Influencer Terkenal Kantoi Edit Rekod Marathon, Pace 11 Jadi Pace 6

Ohmedia marathon

Trending

“Tak Perlu Malu Dik” – Influencer Terkenal Kantoi Edit Rekod Marathon, Pace 11 Jadi Pace 6

Influencer kantoi edit rekod marathon, pengurus tampil beri penjelasan.

Seorang influencer terkenal menjadi bualan netizen selepas didakwa mengubah rekod larian di aplikasi Strava ketika menyertai SCORE Marathon 2026.

Isu itu mula tular apabila seorang pengguna Threads memuat naik tangkap layar membandingkan data Strava influencer berkenaan dengan keputusan rasmi acara marathon tersebut.

Influencer kantoi edit strava

Dakwanya, influencer berkenaan telah mengubah catatan pace daripada sekitar 11 minit kepada 6 minit bagi setiap kilometer. Bukan itu sahaja, masa larian juga didakwa berubah daripada sekitar 4 jam kepada 2 jam lebih.

IKLAN
influencer

Susulan isu itu, seorang individu dikenali sebagai Atikah Pandawa tampil memberi penjelasan panjang lebar di Threads.

Penjelasan manager influencer

Menurut Atikah, dia merupakan individu yang menguruskan influencer berkenaan dan meminta orang ramai membaca penjelasan itu dengan nada positif serta tidak terlalu beremosi.

Score

Jelasnya, isu yang disebut sebagai ‘tipu Strava’ itu sebenarnya berlaku apabila influencer berkenaan hanya memuat naik gambar bersama rekod Strava milik rakan mereka yang juga seorang runner dalam Acah Run Club.

mia azhar

Atikah menjelaskan, influencer tersebut tidak pernah menyatakan rekod Strava itu adalah miliknya.

Sebaliknya, dia dikatakan hanya berkongsi rekod pelari lain dan mungkin terlupa menambah kapsyen tambahan.

Tambah Atikah, posting berkenaan pada asalnya sekadar gurauan. Namun, apabila melihat komen orang ramai mula mengambil perkara itu secara serius, influencer tersebut terus memadam hantaran itu.

Katanya, jika benar influencer itu mahu menipu, tidak mungkin dia akan menyimpan rekod sebenar dalam akaun Strava yang boleh dicari dan dilihat orang ramai.

mia azhar

Menurut Atikah lagi, masa tamat larian juga sudah jelas dan sepatutnya orang ramai boleh menilai perkara itu secara rasional.

Dalam penjelasan sama, Atikah berkata dia memahami sekiranya ada pelari yang marah atau tersinggung dengan isu tersebut.

Katanya, influencer berkenaan bukanlah seorang real runner, sebaliknya hanya social runner yang menyertai acara larian untuk kekal sihat.

Atikah turut memohon maaf kepada semua pelari sekiranya isu itu membuatkan mereka berasa hampa.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas