Connect with us

Oh! Media

BUDI95: Tukar Cip MyKad Rosak Secara Percuma Bermula Esok Hingga 7 Oktober

Ohmedia mykad

Oh! Negara

BUDI95: Tukar Cip MyKad Rosak Secara Percuma Bermula Esok Hingga 7 Oktober

Tukar cip MyKad rosak boleh dibuat secara percuma bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025 di seluruh negara,

Bagi memastikan manfaat subsidi BUDI95 berjalan lancar, kerajaan Madani prihatin untuk menanggung perbelanjaan sebanyak RM714,660 menukar cip MyKad yang rosak.

Memetik laporan Malaysia Gazette,  mulai esok, orang ramai boleh menukar cip MyKad secara percuma di semua kaunter dan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara.

Tukar cip MyKad rosak secara percuma bermula esok hingga 7 Oktober

Anwar Ibrahim

Inisiatif ini akan berlangsung sehingga 7 Oktober 2025 dan dijangka memberi kelegaan besar kepada rakyat.

IKLAN

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, inisiatif ini diambil bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan masalah teknikal MyKad rosak.

Mykad

Beliau turut menyeru rakyat supaya sentiasa menjaga MyKad kerana ia bukan sekadar dokumen pengenalan diri, malah kunci kepada pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUDI95.

Berdasarkan rekod JPN, sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad kategori cip atau kad rosak diterima dari Januari hingga Ogos 2025.

Malah, jumlah permohonan menunjukkan peningkatan mendadak sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Pssttt! Langkah ini memang tepat pada masanya sebab makin ramai rakyat hadapi masalah cip MyKad rosak. Harap semua rebut peluang ini sebelum tarikh tamat, sebab MyKad bukan saja kad pengenalan, tapi kunci utama untuk pelbagai bantuan kerajaan.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas