Oh! Tidak
“Dalam Folder Deleted” – Isteri Jumpa Video Suami ‘Bersama’ Wanita Lain Dalam Rumah Sendiri
Suami kantoi curang, janji berubah hanya seketika, kini isteri nekad tuntut cerai.
Bayangkan perasaan seorang isteri apabila rumah yang dianggap syurga bertukar menjadi mimpi ngeri.
Itulah yang berlaku pada seorang wanita apabila dia ternampak video suaminya bersama wanita lain, siap dirakam dalam rumah mereka sendiri.
Tergerak hati buka deleted folder
Segalanya terbongkar apabila si isteri yang pada awalnya hanya mahu melihat gambar anak-anak dalam telefon suami, tiba-tiba ‘tergerak hati’ untuk membuka folder deleted items.

Dari situlah, dia ternampak video suaminya sedang mengkhianati dirinya tanpa sekelumit rasa bersalah.
Menangis sampai sesak dada

Ketika melihat video itu, dia dan anak-anak berada di dalam kereta, sementara suaminya turun membeli minuman.
Dia yang sarat mengandung lapan bulan hanya mampu menangis sampai sesak dada.
Tekad mahu tinggalkan suami

Selepas insiden itu, si isteri tekad mahu membawa anak-anak keluar dari rumah kerana tidak sanggup lagi pandang muka suami.
Namun, keadaan dirinya yang sarat membuatkan dia takut dan buntu. Katanya, sejak hari itulah bermulanya retak dalam rumahtangga mereka.

Dia juga sempat meminta suaminya buang semua perabot di bilik berkenaan kerana tidak sanggup melihat kesan pengkhianatan itu lagi.
Janji berubah hanya sebentar

Dua tahun berlalu, anak yang dulu masih dalam kandungan kini bakal mencecah tiga tahun. Namun janji suami untuk berubah hanya bertahan beberapa bulan.
Wanita itu mendakwa dia sekali lagi terbaca mesej suaminya bersama wanita lain, berbual soal kondom.
Dari situ, keyakinannya terus hilang dan keputusan semakin jelas.
Kini, dia hanya menunggu hari 29 September depan untuk suaminya lafazkan cerai.
Wanita ini mengakhiri luahannya dengan reda. Katanya, air mata yang mengalir sejak 2023 sudah habis ditumpahkan dan kini dia lebih kuat untuk melangkah pergi.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM