Oh! Negara
Anwar Ibrahim Umum RMK13, Ini Komitmen Kerajaan Pastikan Kesejahteraan Rakyat!
RMK13 diumum dengan peruntukan RM611 bilion! Fokus kepada sejuta rumah mampu milik, peluang kerja bernilai tinggi dan reformasi pendidikan kesihatan.
Kerajaan telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat dan menetapkan halatuju pembangunan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Menerusi perkongsian Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Facebook, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM611 bilion, pelan ini dilihat sebagai usaha besar-besaran untuk menyusun semula struktur ekonomi negara, selain memastikan setiap rakyat tanpa mengira latar dapat merasai nikmat pembangunan secara adil dan saksama.
Fokus utama RMK13: pendidikan, kesihatan, rumah & TVET






Antara isi penting RMK13 yang menarik perhatian ialah:
- Pelaburan besar dalam pendidikan dan kesihatan
- Pembangunan wilayah secara seimbang
- Pembinaan sejuta rumah mampu milik
- Pengembangan program TVET secara besar-besaran
- Pendigitalan perkhidmatan awam
- Penciptaan lebih sejuta pekerjaan bernilai tinggi




Semua ini digerakkan berlandaskan nilai MADANI, dengan matlamat bukan hanya mencapai status negara berpendapatan tinggi, tetapi juga kemajuan yang dirasai seluruh rakyat, sama ada di bandar mahupun luar bandar.
Tekanan kos sara hidup dan ketidaksamaan jadi fokus





RMK13 turut menekankan kepada:
- Reformasi pasaran buruh
- Pengukuhan sistem sokongan sosial
- Ikhtiar menangani kos sara hidup
- Memastikan tiada golongan terpinggir
Usaha ini bukan sahaja menuntut pelaksanaan yang cekap, tetapi komitmen dan penglibatan rakyat dari semua lapisan untuk menjayakannya.
Pssttt! Tak semua peluang datang bergolek, tapi RMK13 buka banyak ruang untuk kita bangkit bersama. Ambil peluang, tingkatkan diri dan rebut masa depan!
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM