Oh! Negara
Kerajaan Pilih Kekalkan SST Berbanding GST, Ini Sebabnya!
Kerajaan berpandangan untuk meneruskan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana ia sudah lama digunakan dan difahami oleh industri, peniaga, serta rakyat.
Menurut laporan Harian Metro, SST yang telah wujud lebih 40 tahun ini masih boleh ditambah baik bagi menjana hasil tambahan dan memberi impak fiskal yang lebih cepat kepada negara menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Jika nak perkenal semula GST, ia memerlukan masa sehingga dua tahun untuk syarikat bersedia dan kemas kini sistem pelaksanaan.
Hasil tambahan RM10 bilion setahun bermula 2026

MOF memaklumkan, peluasan skop SST akan membolehkan kerajaan menjana tambahan hasil sehingga RM10 bilion setahun bermula tahun 2026.
Walaupun GST dan SST masing-masing ada kelebihan serta kekurangan, kerajaan melihat SST lebih praktikal untuk dilaksanakan pada masa ini.
Perbezaan utama SST dan GST

- GST: Cukai dikenakan di pelbagai peringkat dengan mekanisme kredit cukai input.
- SST: Cukai hanya di satu peringkat tanpa kredit cukai input, tetapi ada pengecualian tertentu yang membolehkan ia dilaksanakan secara bersasar.
Pssttt! Kadang-kadang, pilihan yang dah lama digunakan lebih selamat selagi ia masih relevan. Yang penting, manfaatnya sampai kepada rakyat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM