Trending
Subsidi Bersasar Petrol RON95 Tak Guna MyKad Sahaja, Boleh Tebus Guna Mekanisme Lain
Subsidi petrol RON95 tak hanya guna MyKad, boleh tebus guna aplikasi seperti Setel dan Shell App. Kerajaan jamin rakyat tak terbeban.
Kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 tidak hanya bergantung kepada penggunaan MyKad fizikal.
Menurut laporan Harian Metro, orang ramai boleh memilih pelbagai mekanisme pembayaran yang lebih mudah dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
Subsidi RON95 boleh guna pelbagai mekanisme

Antaranya melalui aplikasi syarikat minyak seperti Setel dan Shell App yang membolehkan pengguna menikmati subsidi secara lebih pantas.
Armizan juga menegaskan orang ramai tidak perlu bimbang jika berdepan masalah seperti MyKad rosak.
Pengguna juga boleh menggunakan kaedah pembayaran di terminal pembayaran di luar atau di dalam stesen minyak untuk membeli petrol bersubsidi. Jadi, jangan khuatir.
Kerajaan jamin rakyat tak akan terbeban

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan sudah membuat persiapan rapi sejak awal tahun agar pelaksanaan ini berjalan lancar tanpa menyusahkan rakyat.
Kita akan pastikan langkah ini berjalan dengan lancar dan tidak membebankan rakyat, apatah lagi menyebabkan rakyat terpaksa beratur panjang nanti.
Pssttt! Perubahan teknologi sepatutnya memudahkan, bukan menyusahkan. Gunakan pelbagai pilihan yang disediakan untuk nikmati subsidi tanpa stres.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM