Oh! Lifestyle
Pulau Pangkor Juga Dijangka Akan Dibuka Untuk Pelancong Seluruh Negara
Rakyat Malaysia nampaknya semakin tak sabar untuk bercuti ke Pulau Langkawi yang bakal menerima kemasukan pelancong dari seluruh negara. Mereka yang berminat perlu mengikuti SOP ketat yang ditetapkan termasuklah lengkap dua dos vaksin.
BACA: Dah Boleh Ke Langkawi Bermula 16 September, Ini SOP Yang Anda Kena Ikut
Pelancong boleh memilih pergerakan menggunakan jalan darat ataupun udara, tetapi perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.
Pulau Pangkor juga bakal ikut jejak langkah Pulau Langkawi
Selepas pengumuman itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed turut menjangkakan pembukaan semula Pulau Pangkor kepada pelancong seluruh negara.
Segala SOP turut telah diperinci dan Pulau Pangkor bakal dibuka bermula 1 November 2021. Bagaimanapun, mereka masih menantikan kelulusan akhir dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Penduduk Pulau Pangkor belum 100 peratus terima vaksin
Berdasarkan data terkini, penduduk Pulau Pangkor nampaknya masih belum mencapai tahap 100 peratus vaksin dan ini mungkin akan menyukarkan pihak mereka untuk memenuhi syarat pembukaan pulau terbabit.
Berdasarkan rekod, Pulau Pangkor mempunyai populasi sebanyak 11,500 orang dan seramai 8,026 orang perlu menerima vaksin. Ini bagi memastikan pulau terbabit mencapai imuniti kelompok.
Pulau-pulau lain turut akan dibuka

Sememangnya rancangan pembukaan pulau-pulau ini telah dilakukan sejak Julai lalu. Ini diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri yang menyenaraikan pulau Redang, Perhentian, dan Tioman dalam destinasi Fasa 2 Program Destinasi Bebas Covid-19.
Oleh itu, diharapkan kelonggaran yang diberikan bagi merancakkan kembali ekonomi negara ini digunakan sebaiknya. Patuh SOP yang ditetapkan dan diharapkan pandemik ini berakhir. #kitajagakita
Kredit: BERNAMA
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM