Connect with us

Oh! Media

“Jaga Penduduk Pulau Pangkor” – Bayar Parking RM150, Tapi Tayar Kereta Kena Rembat

Ohmedia parking

Oh! Tidak

“Jaga Penduduk Pulau Pangkor” – Bayar Parking RM150, Tapi Tayar Kereta Kena Rembat

Polis kini sedang memburu suspek yang mencuri dua tayar belakang sebuah kereta Honda City di tempat letak kenderaan berbayar di Pulau Pangkor, Manjung.

Kejadian ini menjadi perhatian selepas video berkaitan insiden tersebut tular di media sosial. Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, kejadian berlaku ketika pemilik kereta berada di Pulau Pangkor.

Tayar kena curi sekali dengan rim di Pulau Pangkor

@sivapangkor4

Hari ini 22 NOV 2024 TYRE kete hilang skli ngn RIM. 2biji sial. JETI MARINA ISLAND PANGKOR PERAK Security Marina Island ape mcm RONDA??klau Sehari lambat bayar duit bulan ,terus takbole keluar dari jeti.Buat keje mcm Perfect.Xpi skrg ape jadi???Security byk2 buat ape boss????dh la parking bulanan kene naya mcm ni.Klau pelancong parking sehari 2hari????mampos. PARKING JETI MARINA KE PULAU PANGKOR PERAK #marinajetipulaupangkor #jetimarina #perak #pulaupangkor #jetilumut #mpm #pdrm #pdrmmalaysia #jetimarina

♬ original sound – Cva-siva – Cva-siva

Memetik laporan Harian Metro, mangsa hanya menyedari tayar keretanya hilang setelah menerima panggilan telefon daripada rakannya pada jam 3 petang, 22 November 2024.

IKLAN
Screenshot 2024 11 25 134602

Kerugian dianggarkan bernilai RM2,000. Mangsa membuat laporan polis pada jam 7.30 malam hari kejadian. Berdasarkan siasatan awal, kereta tersebut telah ditinggalkan di parkir berbayar itu sejak 14 November lalu.

Pengadu meninggalkan keretanya di tempat letak kenderaan terbabit sejak 14 November lalu dan polis sedang giat mengesan suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Roswani Mohd Desa di talian 011-55042061 atau Bilik Gerakan IPD Manjung di 05-6886222. Hotline WhatsApp di 017-6828005 juga disediakan bagi memudahkan penyampaian maklumat.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, pengadu meluahkan rasa kecewa dengan aspek keselamatan di kawasan parkir berbayar itu. Katanya, dia telah membayar RM150 selama sebulan tetapi kereta tidak selamat.

Ohmedia parking

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | TikTok @sivapangkor4


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas