Connect with us

Oh! Media

Dah Boleh Ke Langkawi Bermula 16 September, Ini SOP Yang Anda Kena Ikut

Trending

Dah Boleh Ke Langkawi Bermula 16 September, Ini SOP Yang Anda Kena Ikut

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi yang bermula pada 16 September ini.

ADVERTISEMENT

BACA: KL Dan Putrajaya Beralih Ke Fasa 2 Jumaat Ini?

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, Langkawi boleh mula dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara. Ini termasuk negeri yang berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Namun, beliau menjelaskan kebenaran ini tidak terbuka kepada individu yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Tambahnya lagi, pelancong diberi peluang untuk ke Langkawi menaiki jalan udara dan darat.

SOP ke Pulau Langkawi yang perlu dipatuhi

Kredit foto: kkday

i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi

ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;

iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;

iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;

v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP;

vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, MICE, acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan; aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya);

vii. Aktiviti Eko Geo-Kembara (memerhati watching, teroka gua, mendaki gunung, white water rafting, hiking, treking hutan, berkhemah dan sebagainya);

viii. Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;

x. Taman tema dan pusat hiburan keluarga; dan

xi. Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

MOTAC menggesa pelancong ke Pulau Langkawi mematuhi SOP bagi memastikan Gelembung Pelancongan Langkawi ini kekal hijau supaya dapat merealisasikan lebih banyak lagi perancangan gelembung pelancongan domestik di masa akan datang.

Kredit: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas