Connect with us

Oh! Media

Pertama Kali Kena Saman? Ikuti 5 Tip Untuk Selesai Saman Trafik Di Mahkamah

saman

Oh! Lifestyle

Pertama Kali Kena Saman? Ikuti 5 Tip Untuk Selesai Saman Trafik Di Mahkamah

Korang mesti pernah tanpa sengaja telah melakukan kesalahan lalu lintas sehingga menerima saman daripada pihak berkuasa kan?

ADVERTISEMENT

Bagi kesalahan yang tidak boleh dikenakan kompaun, pesalah dikehendaki hadir ke mahkamah untuk menyelesaikannya.

Pesalah akan menerima surat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlebih dahulu yang akan memaklumkan butiran seperti kesalahan dilakukan, lokasi, tarikh serta waktu untuk mereka hadir ke mahkamah.

Mungkin juga ada di antara korang yang pertama kali berdepan dengan situasi berkenaan dan pening memikirkan persedian yang perlu dilakukan sebelum hadir ke mahkamah.

Berikut adalah panduan bagaimana menyelesaikan saman berkaitan kesalahan jalan raya di mahkamah yang dikongsikan oleh peguam, Hafiz Baharuddin.

  • Ketika hari perbicaraan, dokumen-dokumen yang perlu dibawa ke mahkamah adalah kad pengenalan, lesen memandu, resit saman JPJ dan juga wang tunai atau kad debit. Pastikan kad tersebut mempunyai jumlah yang mencukupi kerana korang perlu membayar denda selepas perbicaraan.
  • Amat digalakkan untuk hadir ke mahkamah seawal mungkin dan perlu sampai sebelum pukul 9 pagi. Ini kerana pegawai JPJ akan membuat semakan setiap penama saman yang hadir. Jika lewat dan pendaftaran telah ditutup, maka korang perlu pergi ke pejabat JPJ untuk mendapatkan tarikh perbicaraan baharu.
  • Pergi ke kaunter pertanyaan mahkamah, tanya mengenai di mana saman-saman JPJ akan didengari. Selepas dimaklumkan, terus menghala ke bilik yang dimaksudkan.
  • Tunggu sehingga nama dipanggil dan korang akan menghadap Majistret. Jurubahasa akan membacakan kesalahan anda, jumlah maksimum denda yang dikenakan dan ditanya untuk mengaku kesalahan.
  • Kebiasaannya dalam kesalahan trafik, rata-rata pesalah akan mengaku kesalahan kecuali jika rasa tidak bersalah dan boleh memohon untuk dibicarakan. Jika korang mengaku bersalah, korang perlu merayu kepada Majistret supaya hukuman atau denda diringankan.
  • Selepas diberitahu jumlah denda, ada dua cara untuk membayar di mahkamah. Pertama, menggunakan wang tunai di mesin CDM, kedua, bayaran secara kad debit. Untuk bayaran secara kad debit, pergi ke kaunter pendaftaran kerana di situ ada terminal kad debit atau kad kredit.

Ambil resit yang dikeluarkan, kepilkan bersama salinan jumlah saman yang dikeluarkan. Bawa kedua-duanya kepada pegawai JPJ. Kes saman trafik korang dah selesai.

Semoga panduan ini berguna dan korang lebih bersedia pada masa hadapan jika berdepan dengan kes saman trafik di mahkamah.

BACA: “Bring It On” – Youtuber Gertak Nak Saman, Jiran Tak Goyang Sebab Ada Bukti

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai isu membabitkan Youtuber popular, Ammar Nazhan yang didakwa telah menimbulkan rasa tak selesa jiran.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kesiannya, dah kejar pun still pemandu bas tu tak berhenti kan!! Kredit video: @tsharissadli #maraliner#penumpang#kejar#trending#viral#ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • saman
  • saman

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas