Connect with us

Oh! Media

Nak Kekal Segar Pagi Raya? 4 ‘Racun’ TikTok Ini Paling Function & Wangi. Wajib Cuba lavojoy Ni!

Branded

Nak Kekal Segar Pagi Raya? 4 ‘Racun’ TikTok Ini Paling Function & Wangi. Wajib Cuba lavojoy Ni!

Kalau korang selalu scroll TikTok, produk mandian ini kerap kali muncul For Your Page (FYP) menjadi racun Tiktok kan? Ramai pengguna yang membuat review betapa wanginya produk lavojoy membuatkan pengguna kekal segar apabila digunakan. Bila baca komen-komen pun cakap benda sama. Dari satu video ke video TikTok lain, tak putus-putus video produk ini dimuat naik.

Soalannya, betul ke best dan wangi produk lavojoy ni? Untuk itu, kami cuba sendiri lavojoy supaya korang tak perlu bersusah payah untuk try. Rupanya, ini sebab lavojoy viral di TikTok.

Dicipta pakar wangian terkemuka

Produk lavojoy sebenarnya diformulasi di Australia dan wangiannya dicipta di Perancis. Patutlah nampak premium, produk bertaraf antarabangsa rupanya. Bukan tu je, wangian yang dirumus dalam produk lavojoy ini dicipta oleh pakar wangian Perancis yang bertanggungjawab untuk jenama terkenal seperti Chanel, Burberry, Jo Malone sebagainya. Tak hairanlah lavojoy semuanya wangi-wangi belaka.

Apabila wangiannya dicipta oleh pakar wangian terkemuka, sudah tentu wangiannya bertaraf premium. Uniknya lagi, produk lavojoy ini menawarkan produk mempunyai wangian segar seakan minyak wangi dengan nota utama, tengah dan asas.

Racun TikTok berasaskan tumbuhan

Selain itu, apa yang membezakan produk ini berbanding produk lain di pasaran adalah ianya menggunakan bahan-bahan penjagaan kulit berasaskan tumbuhan dan bebas dari kekejaman.

Salah satu sebab pembeli membuat pembelian adalah cara pembungkusan sesuatu produk. Sama juga untuk lavojoy yang turut mengutamakan nilai estetikanya menampilkan warna-warna ceria dan menarik perhatian pelanggan untuk ditambah ke troli dan check out!

Jom kami kongsikan 4 produk lavojoy korang patut cuba untuk tampil wangi pagi Syawal nanti.

lavojoy Lazy Sunday Hold Me Tight Shampoo

https://www.instagram.com/p/CqUno16sEf8/

Syampu ini merupakan syampu 0% silikon dengan Amino Acid dan Lactobacillus yang membersih secara lembut dan memelihara kulit kepala sekaligus mengurangkan rambut gugur.

Selain itu, ada juga Ceramides yang membaiki kutikel rambut dan mengurangkan kehilangan lembapan dari kulit kepala. Bukan kulit wajah sahaja bermanfaat dengan Ceramides, kulit kepala pun boleh juga tau.

Di samping itu, satu lagi bahan penting dalam syampu ini adalah pegaga atau Centella Asiatica yang bertindak melegakan kulit kepala dari produk rambut, kotoran, minyak dan sebagainya.

Harumannya bukan sahaja menenangkan, malah dengan hanya satu cucian, kulit kepala lebih segar membuatkan badan pun lebih bersedia menjalani hari. Bagi Muslimah bertudung pun sesuai kerana tiada lagi rasa gatal dan berpeluh, segar je seharian walaupun bertutup.

lavojoy Lazy Sunday SOS Nourishing Conditioner

kekal segar dengan lavojoy

Tak lengkap kalau lepas syampu rambut kalau tak gunakan perapi. Gunakan Lazy Sunday SOS Nourishing Conditioner yang diperkaya dengan 3 minyak penuh khasiat iaitu:

-Minyak Argan: Memberikan lembapan berpanjangan

-Minyak Biji Jojoba: Mengunci lembapan untuk rambut lembut bebas kusut

-Minyak Biji Anggur: Membuatkan rambut bersinar, kurang kembang dan mengelak rambut rapuh

Dalam pada itu, Sericin membuatkan rambut lebih lebat dan mengelak rambut mudah rosak manakala Vitamin B5 dalam perapi ini menguatkan setiap helaian rambut.

Lazy Sunday Series ini memberikan wangian floral yang manis dengan bauan buah-buahan dengan 3 nota haruman berikut:

Utama: Bitter Orange, Freesia, Pic

Tengah: Jasmine, Rose, Magnolia

Asas: Musk, Cedarwood, Amber

lavojoy Summertrain Sparkling Daydream Body Wash

kekal segar dengan lavojoy body wash

Kulit badan kusam, berjerawat dan kasar? Summertrain Sparkling Daydream Body Wash adalah mandian yang korang perlukan. Mandian ini mempunyai 4 bahan utama yang akan menyerlah kulit badan yang licin berseri dengan penggunaan konsisten.

Amino Acid: Memberikan efek buih berkrim yang membersih lembut pada kulit.

AHA: Merangsang kolagen dan meningkatkan pengeluaran sel kulit mati.

BHA: Melembut dan melonggarkan sel kulit mati untuk tersingkir dari permukaan kulit.

PHA: Mengembalikan kelembapan, mencerahkan dan melembutkan kulit.

Bau wangi semerbak ini bukan sahaja membuatkan pengguna rasa segar dan bertenaga, malah pasti jadikan sambutan 1 Syawal lebih sempurna. Baju cantik, penampilan diri pun kenalah wangi kan?

lavojoy Summertrain Let It Glow Body Serum

Jangan ingat kulit wajah je perlukan serum, kulit badan pun perlu ada serum juga tau. Serum badan ini juga dirumus dengan kebaikan 3 minyak untuk mengoptimumkan kesannya kepada pemakai.

-Minyak Meadowfoam: Mengunci lembapan dan melembutkan kulit

-Minyak Kelapa: Membuang cela dan melegakan kulit

-Minyak Camellia: Mengurangkan kulit kering dan membuatkan kulit lebih berseri

Kalau sebelum ini kita selalu dengar bahan Niacinamide untuk produk kulit wajah, bahan efektif berkenaan juga digunakan untuk serum badan ini. Niacinamide berkesan dalam mencerahkan kulit kusam dan membuatkan kulit lebih sekata tonanya.

Ekstrak kulit Citrus Reticulata pula membekalkan bahan antioksidan bagi kulit lebih sihat berseri semula jadi manakala Ekstrak Chondrus Crispus melindungi, melembut dan melegakan kulit.

Summertrain Series pula menampilkan wangian Orange Blossom Citrus. Nota wangiannya pula adalah seperti berikut:

Utama: Bergamot, Tangerine, Lemon, Lavender, Myrtle, Rosemary, Bitter Orange

Tengah: Orange Blossom, Jasmine, Neroli Oil, Pittosporum

Asas: Amber, Ambrette, Angelica

Promo menarik lavojoy di Shopee

kekal segar dengan lavojoy

Tak kira Lazy Sunday atau Summertrain Series, kedua-duanya sesuai digunakan oleh lelaki mahupun wanita. Satu keluarga pun boleh berwangi-wangian di pagi Raya nanti.

Dah cantik manis, kacak bergaya berbaju raya, tak lengkap kalau tak wangi kan? Apa tunggu lagi, dapatkan rangkaian produk Series Lazy Sunday dan Summertrain hari ini di Shopee lavojoy. Khabarnya, bermula 10 April 2023, produk lavojoy akan tersedia di Watsons. So bila shopping Raya kat Watsons, jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk-produk lavojoy!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas