Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Kongsi Cara Periksa Keselamatan Water Heater Di Rumah, Buat Seminggu Sekali

Oh! Lifestyle

Lelaki Ini Kongsi Cara Periksa Keselamatan Water Heater Di Rumah, Buat Seminggu Sekali

Zaman sekarang ini boleh dikatakan ramai yang menggunakan alat pemanas air atau water heater di rumah. Memang selesa sangat kalau mandi air suam-suam kan? Tetapi harus diingatkan alat ini perlu diselenggara dengan baik untuk menjamin keselamatan pengguna.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Di Bilik Air, Tinggalkan 3 Anak

Di Twitter, Mohamad Arif yang merupakan Wireman PW4 berkongsi cara-cara yang betul untuk check water heater korang selamat digunakan atau pun tidak.

Test ELCB water heater

Jelasnya, setiap minggu korang harus menekan butang ELCB yang ada pada water heater untuk pastikan ia berfungsi dengan baik. ELCB adalah salah satu alat keselamatan jika berlakunya kebocoran arus elektrik.

Kebanyakan kes renjatan elektrik daripada water heater adalah disebabkan ELCB yang tidak berfungsi. Jika ia berfungsi dengan baik, suis ELCB tersebut akan ‘trip’ bermakna ianya dapat mengesan kebocoran arus elektrik.

Tekan ELCB di kotak fius utama rumah

Cara test ELCB

Pertama sekali korang perlu tekan ON pada suis utama water heater dan lihat sama ada ELB menyala. Kemudian korang tekan suis ‘ELB test’ dan ianya akan ‘trip’ sekiranya berfungsi dengan baik.

Akhir sekali tekan butang ‘reset’ untuk memastikan ia kembali kepada keadaan normal. Maknanya water heater tersebut selamat digunakan dan ELCB masih berfungsi dengan baik untuk mengesan kebocoran arus elektrik.

Bagi sesiapa yang masih tidak jelas atau ada pertanyaan lain korang bolehlah hubungi abang ini di Twitter ya.

Kredit: Twitter @arepkasim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas